Cinta Dari Utara ke Selatan Cinta Dari Utara ke Selatan Cinta Dari Utara ke Selatan Cinta Dari Utara ke Selatan Cinta Dari Utara ke Selatan
Tuesday, 30 December 2014
CATATAN HUJUNG TAHUN
Tuesday, 2 December 2014
BERSYUKUR KETIKA SUSAH
Alhamdulillah sebab hari ini diberikan idea untuk membuat catatan untuk tatapan masa hadapan. saya tak tau kenapa kadang2 saya akan rasa sangat down. kadang terpaksa tolong fikirkan masalah orang sedangkan diri sendiri pun ada masalah. Bila saya mengeluh....suami akan mula ingat kan saya supaya Bersyukur. Haritu saya ada dengar motivasi oleh Dr.Azizan dalam Rancangan
Rasanya lama dah tak bercerita tentang treatment kesuburan. Alhamdulillah saya dan aturkan apointment dengar pakar. tapi biasalah bulan mac 2015 baru sampai giliran. owhhhh Bulan Mac adalah kenangan segalanya. dan bulan mac ini juga genaplah usia perkahwinan saya 4 tahun. sekarang ni sedang mencuba 1 produk jamu. sebelum ni mmg tak pernah try mana2 jamu jadi saya nak cuba memandangkan telah si suggestkan oleh kakak ipar.
Bulan ni Cik P memang dah lewat tapi tak nak mengharap. 2 mggu lepas kawan saya ada ajarkan saya tentang menguji kehamilan dirumah tanpa menggunakan UPT. kalau nk tau cara terbaru untuk menguji kehamilan ialah dengan menggunakan clorox. Saya tak nak perincikan didalam ni tapi korang mungkin blh search je sendiri di youtube. hehehehehe. saya dah cuba tapi hasilnya -ve walaupun cik P saya lewat. so tggu jer lah sampai dia period.
Wednesday, 12 November 2014
Cita Cita Ibu
minggu lepas dapat berita gembira kawan sy berjaya hamil. usia perkahwinan menjangkau setahun. sebelum ini pjj. mudah mudahan ada rezeki saya lepas ni. seperti biasa...dimana2 kalau teringat sy akan berdoa supaya saya dan suami cepat2 dikurniakan zuriat. sebab byk sgt memikirkan hal tersebut hari ahad lepas balik dr umah mama sy terus bgtau suami cita-cita saya.
saya berhasrat sekiranya saya dikurniakan rezeki...saya nak buat kenduri kesyukuran anak sy di rumah sy skrg. sy nak raikan jiran2 dan family sy. lagipun sepanjang sy menetap disitu saya xpernah buat kenduri dirumah. biasanya hanya dirumah mama atau berjemaah disurau.
sy berharap cita-cita saya akan termakbul. insyaallah. sy nak tulis sbb saya takut sy lupa dan sy nak catat supaya sekiranya sy dapat realisasikan sy dah sempurnakan cita2 sy ni.
harini nk catatkan yg gembira sbb esk sy nak menulis pasal 2 org kawan sy. yg mana kedua2nya berkaitan dgn kelahiran. sy menulis bkn utk apa2. ianya utk dikongsikan. tapi klu terbaca...terima kasih.
#cebisan kenangan
#catatan hidup seorang insan.
Wednesday, 29 October 2014
Bila Harapan Setinggi Gunung
Bila harapan setinggi gunung
Gunung....
Tinggi.....
atas kapal terbang lagi tinggi
mendung
ribut
hujan
banjir..... allahuakbar
umur meniti senja
sudah separuh.....
untuk dialam sana??
semua sudah ditetapkan....
rezeki...jodoh...maut...
Terlalu mengejar kesempurnaan
lupa apa yg telah dikurniakan
setiap kenangan takkan dilupakan
tapi dituduh diri tak menghiraukan
begitukah???
Sedari umur 1 hari sehingga kini
dijaga...dikasihi sampai mati
tangan itu semakin kasar
tubuh itu semakin tua
doa dari kejauhan
setiap nafas adalah kerinduan
kerinduan bila berjauhan
penuh kasih syg sejak dipertemukan
sentiasa mencari titik kesefahaman
berpegang pada ikatan
sampai syurga
jangan dilupakan kisah kita
andai nyawa dan badan dipisah
setiap hari adalah warna cinta
setiap kekurangan diterima
setiap nafas adalah utk kita
setiap hari bersama
umpama keluarga kedua
belajar semuanya disitu
kegembiraan...
ketenangan....
itu semua catatan harian.
andai suka dikata....andai benci
jangan keji....jangan iri
setiap kita dgn kelebihan sendiri
masa berputar tak kembali
semakin jauh ditinggalkan
semakin hampir kematian
anak.....doakan
ibu...kasihkan....
suami....cintakan
sahabat....ingatkan
Madeena Nazraha
insyaallah
Gombak 29102014
Tuesday, 12 August 2014
Friday, 8 August 2014
Matahari
Friday, 25 July 2014
menghitung tibanya syawal
alhamdulillah tika ini masih diberikan kesempatan utk bernafas. meneruskan ibadah. menuju mencari redha allah. insyaallah....
Hari ini dikhabarkan dengan perginya bapa kepada sahabatku menghadap ilahi. al fatehah utk arwah. perginya pada hari jumaat bulan ramadhan.pasti keluarganya akan merasai kehilangan.
tahun ini giliran beraya disebelah family aku. happy. syukur.bila dah berkeluarga baru tau peritnya tggu giliran 2 tahun sekali. hahahhaa. tapi alhamdulillah sbb raya mana2 ttp best sbb bersama family.
dikesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf ats segala kesilapan sy yg sengaja mahupun tidak. halalkn makan minum. kosong kosong
Tuesday, 20 May 2014
Yogurt + Dragonfruits
Wednesday, 14 May 2014
Dari sebuah cerita
alhamdulillah habis tugasan di kelantan. minggu ni tugasan di sepang sahaja. tapi memandangkn jauh dari rumah terpaksa memilih utk bermalam dihotel.
minggu ni jadual amatlah padat. tp padat dengan jadual family.
....... sebuah cerita yg xdapat aku ceritakan dengan patah2 perkataan. tapi aku selami dengan apa yg dirasa.... sesiapa pun ditempatmu akan rasa apa yg kau rasa. tapi aku kagum kerana kau kuat. aturan allah itu indah. mungkin pahit tetapi insyaallah ada pelangi didalamnya. kagum kerana kau masih muda. tapi kau matang dlm harungi kehidupan. kehidupan berumah tangga bukan mudah. setiap hari kita kena lalui proses belajar.
erm....cerita pasal sepang...sepang bukan suatu tempat yg asing bagi aku. huhuhuhu. ada hati yg pernah terluka. tp tu cerita lama. skrg masing2 dh kawin. tp bila jumpa buat mcm xde pape. hahaha. rasa mcm xnk igt. tp mn mgkin blh lupa. nasib time tu aku jual mahal.
jodoh pertemuan ajal maut ditangan allah.
tapi status fb aku rini ialah.. bahagiakah kita atas penderitaan org lain. jujurlah wahai lelaki2 kerana kamu juga menginginkan wanita yg jujur.
ok lah....nk smbung wat keje da....
Wednesday, 30 April 2014
Dalam Kenangan
Tuesday, 22 April 2014
Cerita Seorang Teman
banyak banyak banyak cerita antara aku dan ummu. thanks ummu.
apa jua yg dtg pada kita....semua tu ujian allah utk kita. cuma ujian kita berbeza-beza.
imam..... be nice ok. jangan nakal2. hihihi. hensem boy....
#kelantandanaku.sweetmemory.
Tuesday, 15 April 2014
Bersyukur Walaupun Sebenarnya Ianya Pahit
Assalamualaikum. rindu nak menulis di blog. tak dapat menulis...membaca blog pun sudah cukup. Kekangan masa untuk menulis.
bersiaran dari negeri cik siti wan kembang. 6 hari 5 mlm disini.
i miss u hubby.....
Friday, 7 March 2014
Anniversary yang ke-3
Menguruskan barang hantaran untuk majlis pertunangan adik lelaki aku juga.....cari barang nak buat gubahan hantaran dan beli cincin tunang semua tu dapat diuruskan dalam masa 3 hari. 3 hari di klang alhamdulillah di permudahkan sebab en.suami dapat cuti. kalau aku sorang mungkin banyak yang terpaksa aku tangguhkan.
5 mac 2014 (Rabu) genap usia perkahwinan kami 3 tahun. tapi sungguh masa hari rabu tu mmg tak teringat langsung. sibuk uruskan discharge abah. (4jam tunggu kat discarge suite). malam plak sebelum balik ke Rawang kami singgah dirumah pakcik yang baru balik umrah. semalam 6 mac 2014 datang pejabat...tgk kelendar...baru teringat...walaupun lewat sehari tapi sempat wish kat en.suami. Petang balik keje aku cuba untuk masak. en.suami cakap nnt kita celebrate sekali ngan besday. untung en.suami...anniversary ngan besday isteri bulan sama... alhamdulillah aku bersyukur sebab masih bersama dengan suami. pahit manis bersama 3 tahun harap dapat mematangkan kami. doa yang sentiasa aku titipkan semoga kami cepat dikurniakan zuriat dan rumah tangga yang di rahmati dan diberkati. sentiasa hidup berkasih sayang sehingga hujung nyawa.
Monday, 17 February 2014
Laksa Sarawak dan Mee Kolok
membilang hari nak balik semenanjung......
erm....hari ni nak share pasal mee kolok dan laksa sarawak. kedua2nya dah cuba. dua2 pun sedap. tak de rezeki nak tunjuk gambo...
kalau sapa2 datang sarawak mesti cuba....rugi xcuba....
Saturday, 15 February 2014
Jalan-jalan di Sarikin
Alhamdulillah berjaya harungi seminggu di kuching. ada seminggu lagi utk selesaikan tugasan di kuching.
Harini sabtu mmg tak kerja. jadi bangun seawal 6.30 pagi utk sarapan (kalau hati kerja pun tak seawal harini....hihihi) gara-gara nak berjalan ke pasar sarikin. so excited jgn cite la......
bergerak dari kuching ke sarikin amik masa sejam. kami sampai di sarikin dlm jam 8.15 pagi. agak awal sbb peniaga2 pun ada yg baru nak bukak kedai. not bad la pasar ni. jubah...telekung...kain sulam indon....harga berpatutan.
sedar xsedar 3 jam dalam tu.....sempat rembat jubah, handbeg, blaus....ect. tapi kwn dah pesan klu makanan xdigalakkn beli...klu air dlm tin tu blh laa....
lagi tempat mkn menarik yg abg driver bwk kami ialah cafe rumah hijau. sangat owsome jgk la tempat ni.....aku try nasi briyani madu n kak rina try nasi ayam penyet.....
sebelah petang....masa utk zzzZzZZzz... ganti pagi tadi punya.
Wednesday, 5 February 2014
Pahit Manis awal 2014
sekejapnya masa berlalu. sekarang ni dah masuk bulan Feb 2014 tapi xde catatan pun.....
Tiada apa yang diimpikan selain kesihatan yang baik, rezeki yang berkat, dikurniakan zuriat dan diberi kemudahan dalam segala urusan.
Insyaallah 2014 pasti akan melakarkan sesuatu yang pahit mahu pun manis. Syukur sebab dikurniakan suami yang baik dan hebat, parents yang masih sihat utk kami adik beradik berkasih sayang, kawan-kawan kerja yang hapening.
2014 Kerjaya - Bermula dengan sesuatu "Drama" sipolan binti sipolan apabila dia tidak berpuas hati dengan aku. yang mana dia anggap dia yang betul semua n dia yang terbaik. tapi kesimpulannya aku tau dia cemburu dengan aku. org seperti ini memang ada dimana2. Bak kata suami aku "kerja kilang kicap pon ada org dengki....org dengki ada dimana2." huhuhuuhuh. so abaikan dia. belajar sesuatu dari ini. lupakan saja.
2014 Berniaga - Alhamdulillah sambil-sambil on FB aku baru cuba-cuba untuk berniaga. Nak tau produk apa? nnt akan aku ceritakan kemudian. aku berani jual sebab aku dah amalkan untuk kotak yang kedua. alhamdulillah amat serasi dengan aku dan suami. jadi aku jual bukan nak jadi usahawan tapi nak share pengalaman. alhamdulillah suami support dan dia yang selalu tolong klu aku buat restock. Salah satu tujuan makan adalah utk dapatkan zuriat. berikhtiar. mudah-mudahan.
2014 Umrah - Bersambung dari 2013.... mudah-mudahan aku dan suami juga dapat menjadi tetamuNYA insyaallah.
2014 Sakit - Dikejutkan dengan berita sahabat baik ku sakit. aku tau kau memang tabah sahabat. last jumpa tak ingat tahun bila... tapi dekat 3 tahun jugak tak jumpa. Aku doakan kau cepat sembuh khairunnida.
p/s: kawan masa kat poli dan uitm.
2014 Meminang - Wahhhh adik aku yang no 3 nak bertunang. kalau ikut perancangannya bulan Mac nnt ahli keluarga kami akan menghantar rombongan meminang ke Baling. stok menantu parents i semua org utara, huhuhuhu. tapi tu lah aku cuba nak bantu utk buat persiapan. nk tolong buat yang terbaik tapi feb dan mac ni aku terlalu lama utk kerja luar daerah. daerah ke negeri?? negeri kot....
2014 Kawan-kawan lama - Hubungan kami semua diakrabkan dengan adanya kemudahan whatsapp. semua nak bergroup. ada yang rajin balas...ada yang dari silent reader....what everrrr aku kalau sempat aku balas...tapi mmg syok la....mcm2 cerita boleh dikongsikan. yang pasti semua pun cerita pasal anak. nextttt insyaallah aku pun akan sama. aminn
2014 please be nice for me and husbund.
minggu depan akan terbang kekucing selama 2 mggu. insyaalah aku akan coret lagi dari bumi kuching. wassalam