Dalam Ingatan

Tuesday 30 December 2014

CATATAN HUJUNG TAHUN

Alhamdulillah….Tahun 2014 bakal ditinggalkan. Selamat datang 2015. Lagi sehari untuk bekerja ditahun ini. Insyaallah akan bercuti sambil rehat2kan badan. Awal Dec selamat menerima ahli keluarga baru. Adik yang ke-3 selamat bertemu dengan pasangan hidupnya. Majlis di sebelah kami juga telah 2 minggu selesai. Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun hujan ditengahari.

Persiapan kenduri sangatlah penat. Semua saudara mara memberikan kerjasama. Memandangkan kenduri masak sendiri oleh ahli keluarga memang penat 2 kali ganda. Walaupun penat tapi memang seronok. Buat suami….ini mungkin pengalaman pertamanya. Huhuhuhu. Kesian jugak tengok suami sampai tak tidur mlm bila sama2 merewangkan diri.
25hb (Sempena cuti krismas) family sekali lagi buat sedikit kenduri keluarga. Acara ringkas je. Solat asar berjemaah dan bacaan tahlil. Lepas tu apa lagi….makan2 time.

Ermmmm apa yang nak dikongsikan ialah pada haritu kami satu family tempah tukang urut. Bayangkan makcik tu urut kami yang 7 org semuanya. Tak lepaskan peluang jugak utk urut sekali. Peruntukan untuk sorang 1jam. Tapi memang puas hati. Urutan pun kuat walaupun aku ni dah org ke 4 dia urut. Huhuhuhu. Bayaran seikhlas hati Kami semua bagi sama jumlah rm40. 

Tak cukup haritu je…sabtu lepas tu kami booking lagi makcik tu. Masa 1st day urut aku memang terus terang ngan makcik tu yang aku belum ada zuriat lagi. Tapi my auntie yang urut 1st tadi dah story mory kat makcik ni jadi makcik tu pun pegang2 then cakap Rahim aku jatuh. Lepas siap urut satu badan dia pun “sengkak” perut aku. Sakit jangan cerita tapi nak baik punya pasal…tahannnn…

Tapi memang boleh rasa perbezaan selepas aku mengurut. 1st Bila nak buang air 2nd Bahagian Rahim rasa penuh je. Harap2 ada lah rezeki kami lepas ni. Sebelum ni pun ada juga pergi mengurut tapi belum rezeki. Mudah mudahan ada rezeki di 2015. Amin.


Perjalanan untuk mendapatkan zuriat belum berhenti. Kekuatan antara diri dan suami amatlah tinggi seterusnya melepaskan semua kepada ALLAH.  


SELAMAT DATANG 2015. SELAMAT TINGGAL 2014.

Tuesday 2 December 2014

BERSYUKUR KETIKA SUSAH

Allahuakbar Allahuakbar Allauakbar

Alhamdulillah sebab hari ini diberikan idea untuk membuat catatan untuk tatapan masa hadapan. saya tak tau kenapa kadang2 saya akan rasa sangat down. kadang terpaksa tolong fikirkan masalah orang sedangkan diri sendiri pun ada masalah. Bila saya mengeluh....suami akan mula ingat kan saya supaya Bersyukur. Haritu saya ada dengar motivasi oleh Dr.Azizan dalam Rancangan Manisnya Kurma ini katanya perkara yang paling susah kita nak buat ialah BERSYUKUR KETIKA KITA SUSAH.

Rasanya lama dah tak bercerita tentang treatment kesuburan. Alhamdulillah saya dan aturkan apointment dengar pakar. tapi biasalah bulan mac 2015 baru sampai giliran. owhhhh Bulan Mac adalah kenangan segalanya. dan bulan mac ini juga genaplah usia perkahwinan saya 4 tahun. sekarang ni sedang mencuba 1 produk jamu. sebelum ni mmg tak pernah try mana2 jamu jadi saya nak cuba memandangkan telah si suggestkan oleh kakak ipar.

Bulan ni Cik P memang dah lewat tapi tak nak mengharap. 2 mggu lepas kawan saya ada ajarkan saya tentang menguji kehamilan dirumah tanpa menggunakan UPT. kalau nk tau cara terbaru untuk menguji kehamilan ialah dengan menggunakan clorox. Saya tak nak perincikan didalam ni tapi korang mungkin blh search je sendiri di youtube. hehehehehe. saya dah cuba tapi hasilnya -ve walaupun cik P saya lewat. so tggu jer lah sampai dia period.