Kali pertama dipertemukan….
Disebuah dewan semasa pentaftaran
Salam perkenalan kau hulurkan…sambil senyuman manis dibibir
Inilah takdir dan ketentuan
Indah sungguh aturan illahi sehingga kita tak tahu apa yang
akan terjadi
Sehingga masa itu berlalu
Tercipta banyak kenangan antara kau dan aku
Ditentukan dalam satu pengajian yang sama
Aku senang bersahabat dengan mu
Sekali lagi dipertemukan apabila kita ditempatkan
dipengajian yang sama
Kenangan kota bharu mana bisa kan ku lupa.
Kekuliah seiringan berjalan bersama
Makan tidur bersama
Berkongsi cerita…..
Kenangan di rumah nyamuk… aku pasti kau tak kan lupa
Kenangan itu memang indah
Diharibahagia kita…hari konvokesyen….
Klang..shah alam… tanjung malim setiap perjalanan itu kita
lakarkan bersama
Owwwhh seekor katak hijau kau hadiahkan semasa hari bahagia
kita.
Masih ada dalam simpanan. Aku akan simpan.
Sekali lagi…. aturan Allah memisahkan kita
Demi sebuah cita-cita kau membawa haluan
Kau sungguh bertuah kerana diberi peluang kerja yang bagus
Kita berpisah di dua jalan yang berbeza
Kau sudah berkerjaya…. Aku pula meneruskan jihad di kota bharu
Sungguh cepat….. hari berganti hari… usia berganti usia…..
Aku sudah tidak nampak kau dibayangan mata….
Yang ada hanya tatapan dialam maya….
Semuanya ceria….
Kini masing-masing sudah berkeluarga.
Kau berada diseberang sana aku ditanah semenanjung sedia
Sehinggalah hari itu….(Januari 2014) aku dikhabarkan dirimu
sakit
Walaupun sakit kau tetap ceria…. Aku sentiasa doakan dirimu
terus kuat dan tabah
25 April 2014 ~ rupanya ini kali terakhir aku berbicara
dengan mu…. Semangatmu sungguh kuat sahabat. Demi anak itu.
28 April 2014 ~ Ya Allah…hari
ini aku dikhabarkan dirimu sedang bertarung kesakitan. Kau tak sedarkan diri. Ya
Allah…..kau sembuhkan lah penyakitnya ya Allah. Aku bergegas ke Hospital Ampang.
Dirimu terbujur….. mengalir air mata…. Keluargamu…..suamimu…anakmu…ya Allah…
tabahkanlah hati-hati mereka ini ya Allah.
Siapa yang mampu melawan takdir….benar yang dikata… ajal
maut jodoh pertemuan rezeki itu Allah telah tentukan. 6.15 petang kau telah
pergi meninggalkan kami semua.
Sahabat….. pergimu menanti kami semua disana… tenang lah
wahai sahabatku….
29 April 2014 ~ Bacaan ayat-ayat suci al-quran kukirimkan..
. tiada lagi senyuman….tiada lagi suara… tiada lagi nasihat… tidurlah sahabatku…..
Aku akan sentiasa mengingatimu. Terima kasih ya Allah untuk Sebuah
ikatan persahabat yang indah. Semoga dirimu ditempatkan bersama orang-orang
soleh. Amin ya rabbal’alamin.
Al-fatihah
Khairunida
Kushairi
30.10.85
– 29.4.2014
assalam, saya rakan sekerja semasa dia di Selangor, ada tak gambar atau kenangan terakhir beliau untuk dijadikan kenangan kami..
ReplyDeleteWaalaikum salam firnas. Pic dalam hp saya dah terdelete. mungkin ada dalam simpanan kawan2 saya yang lain. alhamdulillah. semangat arwah sangat kuat.
Delete