Dalam Ingatan

Friday 7 March 2014

Anniversary yang ke-3

Alhamdulillah di pagi jumaat yang barakah ini dapat sekali lagi aku coretkan..... untuk minggu ni hanya 2 hari aku bekerja. Cuti 3 hari banyak yang aku dapat uruskan. Abah yang sakit masuk hospital. Nasib tak masuk lama-lama. mudah mudahan abah cepat sembuh dan boleh berehat dirumah.

Menguruskan barang hantaran untuk majlis pertunangan adik lelaki aku juga.....cari barang nak buat gubahan hantaran dan beli cincin tunang  semua tu dapat diuruskan dalam masa 3 hari. 3 hari di klang alhamdulillah di permudahkan sebab en.suami dapat cuti. kalau aku sorang mungkin banyak yang terpaksa aku tangguhkan.

5 mac 2014 (Rabu) genap usia perkahwinan kami 3 tahun. tapi sungguh masa hari rabu tu mmg tak teringat langsung. sibuk uruskan discharge abah. (4jam tunggu kat discarge suite). malam plak sebelum balik ke Rawang kami singgah dirumah pakcik yang baru balik umrah. semalam 6 mac 2014 datang pejabat...tgk kelendar...baru teringat...walaupun lewat sehari tapi sempat wish kat en.suami. Petang balik keje aku cuba untuk masak. en.suami cakap nnt kita celebrate sekali ngan besday. untung en.suami...anniversary ngan besday isteri bulan sama... alhamdulillah aku bersyukur sebab masih bersama dengan suami. pahit manis bersama 3 tahun harap dapat mematangkan kami. doa yang sentiasa aku titipkan semoga kami cepat dikurniakan zuriat dan rumah tangga yang di rahmati dan diberkati. sentiasa hidup berkasih sayang sehingga hujung nyawa.