Dalam Ingatan

Wednesday 5 February 2014

Pahit Manis awal 2014

Assalamualaikum

sekejapnya masa berlalu. sekarang ni dah masuk bulan Feb 2014 tapi xde catatan pun.....

Tiada apa yang diimpikan selain kesihatan yang baik, rezeki yang berkat, dikurniakan zuriat dan diberi kemudahan dalam segala urusan.

Insyaallah 2014 pasti akan melakarkan sesuatu yang pahit mahu pun manis. Syukur sebab dikurniakan suami yang baik dan hebat, parents yang masih sihat utk kami adik beradik berkasih sayang, kawan-kawan kerja yang hapening.

2014 Kerjaya - Bermula dengan sesuatu "Drama" sipolan binti sipolan apabila dia tidak berpuas hati dengan aku. yang mana dia anggap dia yang betul semua n dia yang terbaik. tapi kesimpulannya aku tau dia cemburu dengan aku. org seperti ini memang ada dimana2. Bak kata suami aku "kerja kilang kicap pon ada org dengki....org dengki ada dimana2." huhuhuuhuh. so abaikan dia. belajar sesuatu dari ini. lupakan saja.

2014 Berniaga - Alhamdulillah sambil-sambil on FB aku baru cuba-cuba untuk berniaga. Nak tau produk apa? nnt akan aku ceritakan kemudian. aku berani jual sebab aku dah amalkan untuk kotak yang kedua. alhamdulillah amat serasi dengan aku dan suami. jadi aku jual bukan nak jadi usahawan tapi nak share pengalaman. alhamdulillah suami support dan dia yang selalu tolong klu aku buat restock. Salah satu tujuan makan adalah utk dapatkan zuriat. berikhtiar. mudah-mudahan.

2014 Umrah - Bersambung dari 2013.... mudah-mudahan aku dan suami juga dapat menjadi tetamuNYA insyaallah.

2014 Sakit - Dikejutkan dengan berita sahabat baik ku sakit. aku tau kau memang tabah sahabat. last jumpa tak ingat tahun bila... tapi dekat 3 tahun jugak tak jumpa. Aku doakan kau cepat sembuh khairunnida.
p/s: kawan masa kat poli dan uitm.

2014 Meminang - Wahhhh adik aku yang no 3 nak bertunang. kalau ikut perancangannya bulan Mac nnt ahli keluarga kami akan menghantar rombongan meminang ke Baling. stok menantu parents i semua org utara, huhuhuhu. tapi tu lah aku cuba nak bantu utk buat persiapan. nk tolong buat yang terbaik tapi feb dan mac ni aku terlalu lama utk kerja luar daerah. daerah ke negeri?? negeri kot....

2014 Kawan-kawan lama - Hubungan kami semua diakrabkan dengan adanya kemudahan whatsapp. semua nak bergroup. ada yang rajin balas...ada yang dari silent reader....what everrrr aku kalau sempat aku balas...tapi mmg syok la....mcm2 cerita boleh dikongsikan. yang pasti semua pun cerita pasal anak. nextttt insyaallah aku pun akan sama. aminn

2014 please be nice for me and husbund.

minggu depan akan terbang kekucing selama 2 mggu. insyaalah aku akan coret lagi dari bumi kuching. wassalam

No comments:

Post a Comment