Dalam Ingatan

Friday 20 March 2015

BERTAMBAHNYA USIA



Alhamdulillah 20 Mac 2015 genap usia 30 tahun.


Semoga dengan bertambahnya umur, bertambahlah tangungjawab.
Semoga diri ini terus diberi kesihatan yang baik dan rezeki yang berkat untuk terus beribadah kepada allah. Hadiah hari lahir yang sungguh bermakna sekali dengan Hadiah Anniversary 5 Mac yang lalu. Title Mom to be. Insyaallah.

Alhamdulillah 2 bulan yang pertama saya tidak mengalami sebarang alahan. Semua nya baik-baik sahaja. Yang pasti … Baju kurung saya kain dah start ketat. Huhuhuhu.

Yang paling sweet saat ni bila “papa” dah sibuk study pasal barang-barang baby. Sekarang mudah nak dapatkan capaian. Hanya dihujung jari. Untuk survey di kedai masih terlalu awal. So cuci2 mata kat internet je.


Pada usia kandungan yang terlalu awal ni…..saya tak dapat nak elak untuk tidak pergi outstation. 1st travel baby last 2 week ke semporna selama 2 minggu. Alhamdulillah semuanya selamat.  Next week ada training di Nilai seminggu. Training is better then stay in office…kena hadap keje. Hihihihihih. Nampak???? Tanda2 org malas buat keje. Huhuhuhu. Baru bape tahun keje dan bowing…. Sedangkan byk tahun lagi nak keje nakkkk oiiii.

mood fefiling happy......