Dalam Ingatan

Monday 8 April 2013

Cari Maklumat Tentang Treatment Kesuburan

Teringat masa kenduri kahwin kawan suami di Subang Bistari, aku ada menyembang dengan salah seorang isteri kawan suami. Masa tu dia tengah mengandung 6 bulan. Tapi perutnya kecik. Xnampak mcm mengandung pun. Katanya dia buat rawatan kat Hospital Sg. Buloh. Cerita punya cerita rupanya dia ni nurse kat situ. Dia pun menunggu 2 tahun sebelum mengandung. Tapi happy kan bila dengar lama tunggu dan akhirnya…. Tapi tak pe… aku dan suami pun akan rasa juga. Fikir positif. Insyaallah.

Minggu lepas aku minta suami tanya pada kawan dia prosedur untuk mendapatkan rawatan kesuburan di HSB. Tapi suami cakap better aku call sendiri mimi (isteri kawan suami yang aku cerita kat atas). Mula-mula aku msg mimi dan mcm2 la yang aku Tanya. Tapi sebab tak puas msg ngan mimi aku cadang untuk call mimi mlm tu.

Dan akhirnya aku dah dapat jawapannya

1st step : Pergi ke klinik swasta / Klinik Kesihatan yang berhampiran. Bgtau Dr kat situ masalah kita. Nanti dia akan bg surat suruh kita refer hospital. Apa bezanya ? Kalau klinik swasta boleh pergi bila-bila masa tapi nnt sampai kat hospital kena bayar RM10. Kalau klinik kerajaan f.o.c. n biasanya kena tunggu lama sikit.

Pilihan aku : klinik kerajaan sebab pernah pergi dah klinik swasta kat klang. Kali ni pilih nak buat kat klinik kesihatan biasa je. Suami pun ok je.

Tindakan awal : Call klinik kesihatan kat serendah. Bukan saje call sebab utk jumpa pakar sakit puan takut ada hari2 tertentu….klinik cakap xde hari tertentu…dan dia bagitau boleh datang dari 8 pagi sampai 5 ptg tapi rehat tutup. Ok. Setakat ni aku dah faham dan jelas dengan 15hb ni aku dah amik cuti tahun untuk urusan ni. Harap berjalan lancar nanti.

#Mentaldanfizikalsayadahsediauntuksemuani#