Dalam Ingatan

Thursday 11 July 2013

Hati sentiasa diuji.....

Assalamualaikum. Ramadhan ke 2.
Ya allah hati ini diuji lagi.....
Hanya mampu berdoa supaya dia mampu berubah. Adakala berdiam diri lebih baik dr meluahkn. Saya perlu terus pandang masa hadapan bukan mengenang masa lampau.

Monday 8 July 2013

Gagal

Belum rezeki bila *p datang ptg smlm. Saya dah bersedia utk terima. Saya xbercadang utk ambil clomid pada *p kali ini. Lps raya pulak lah. Nak natural bdn sikit. Insyaallah keberkatan bulan ramadhan mana tau ada rezeki. Amin. Tapi senggugut saya agak teruk kali ini. Biasa kalau dah tdo 2 3 jam dah ok. Tapi masih xlega. Harapnya esok ok la...

Saturday 6 July 2013

Ramadhan datang lagi.....

Syaaban bakal melabuhkan tirai....ada lagi 3 hari untuk berjumpa dgn ramadhan. Semoga kita semua dapat berjumpa dgn semua ramadhan tahun ini dan berharap ini bukanlah ramadhan yg terakhir untuk kita...sama2 tingkatkan amalan dan merebut segala peluang yg ada. Semoga segala amalan kita akn diterima. Aminn

Nak masuk tahun ke 3 sambut ramadhan sebagai isteri. Alhamdulillah. Syukur. 1 ramadhan ini juga kenangan bila nnt saya perlu melapor diri di unit audit. Harap semuanya baik2 saja.

Akhir kata Salam sayang dan selamat menjalani ibadah puasa kepada anda semua. Seribu kemaafan ats segala kekilafan saya selama ini.

Tuesday 2 July 2013

Ke kota kinabalu

Assalamualaikum....
Buat pertama kali bersiaran menggunakan hp. Terima kasih kat nida sbb bila baca blog dia saya tahu yg blog blh di update melalui hp. Agak kebelakang saya ni dari org lain. Hihihi....
Semalam saya baru balik dari KK dan pagi ni inshaallah akan bertolak ke perlis.

 
saya dan Puteri Hanis
 
saya ke KK atas urusan kerja. apa yang menarik semasa perjalanan dari KK ke KLIA saya telah dipertemukan dengan Puteri Hanis dan Ibunya Dayang. rupanya dayang PJJ hsbn dan wife. mulanya hanis asyik usha saya yang duduk dikerusi belakang mereka. kemudian dayang offer untuk saya duduk dengan dia. kebetulan kerusi barisan tu mmg kosong. Hanis bagi saya tak banyak ragam. saya sama2 jaga hanis. kesian juga kat dayang. mungkin susah dia nak mkn dalam flight kalau dia sorang. so kami gilir2 makan. perjalanan yg mengambil masa 2jam 30 minit buatkan saya jatuh kasih pada hanis. ermmm tak tau bila boleh jumpa lagi. gambar diatas satu2nya gambar saya bersama hanis. time ni dayang ke toilet. saya ditempat menunggu bagasi. terima kasih Dr.Jamaliah sbb amikkan gambar ni.
 
Dicatat pada 28hb tapi baru post harini....