Dalam Ingatan

Friday 27 February 2015

Alhamdulillah.......Saya Hamil

Assalamualaikum. Salam jumaat. Salam barakah.
Cerita bermula……


25 Feb 2014
Terjaga pukul 5 pagi. Terdetik dihati untuk buat urine test. Saya gunakan Clorox. Sebelum ni pernah buat dah hasilnya gagal. Pagi tu saya tetap ingin cuba memandangkan saya tak simpan UPT dirumah. Saya tuang agak banyak almaklumlah Clorox tu saya baru jer beli minggu lepas di tesco. Hasilnya saya nmpak buih2 gas. Tapi saya abaikan. Mungkin sbb sy tuang banyak dan Clorox bersifat panas. Abaikan dan bersiap untuk ke tempat kerja.

Di office saya whatsapp dengan suami . bgtau tentang experiment saya subuh tadi dan suami kata try la beli UPT balik kerja nnt.

Petang balik kerja saya singgah pasar malam utk beli apa yang patut then singgah farmasi utk beli UPT. Masa nak beli mmg cari paling murah (biasa RM5) tapi stok dah abis so beli yang RM10. Bukan tak nak beli yang mahal…tapi pengalaman sebelum2 ni…bila –ve sedihkan.

Manghrib sebelum mandi saya cuba sekali lagi experiment saya dah hasilnya macam pagi tadi. Berbuih. Selepas solat saya msg suami dan suami pesan supaya terus berdoa supaya ada rezeki kami. Saya pun xnak berharap penuh.
Pukul 9 malam suami sampai rumah…then makan sama2… lepas mkn suami layan tengok tv tapi saya… tv tu tengok saya balik. Hiihihii. Gara2 bangun awal sangat pagi tadi.
Sebelum tdo suami kejut utk solat isyak tapi saya ckp kat suami nnt saya bangun. Saya Sangat mengantuk.

26 feb 2014
2.30 pagi saya tersedar utk solat isyak. Teringat nak buat UPT. Mula2 terfikir nak buat sekarang atau pagi nanti. Saya buat keputusan utk pilih sekarang.  Bila test je….nampak 2 line yang jelas. Macam tak percaya…Saya terus kejutkan suami dan……dan….Subhanalllah. Maha suci allah apabila dianugerahkan berita gembira yang ditunggu2. Saya teruskan dengan solat dan terus berdoa. Masa tu rasa mcm tak percaya…banyak bersoalan… dan terus tak boleh tidur.

8.30 malam saya dan suami buat rujukan diklinik utk buat pengesahan dan Dr maklumkan kandungan saya hampir 7 minggu. Saya sangat2 bersyukur dan berterima kasih untuk doa2 yang dari mereka2 yg disekeliling saya. Harap semuanya baik2 saja. Dr arahkan utk makan asid folic mulai harini. Saya percaya ibu2 lain juga sama kan?
Perjalanan saya  baru saja bermula. Untuk pertama kali banyak yg saya perlu belajar. Saya tak pasti mungkin ada yg menyentuh perasaan sesiapa yang membaca entry ini. Saya sentiasa akan doakan kalian juga akan merasai pengalaman ini.
Saya akan tulis satu lagi entry tentang usaha2 saya sepanjang 4 tahun menunggu. Mungkin tak membantu tetapi untuk catatan saya dan bacaan saya pada masa akan datang maka saya akan catatkan disini nanti. 4 tahun mulanya saya fikirkan lama tapi bila saya compare masih ada yang lagi lama. saya anggap 4 tahun adalah masa yang singkat. bersyukur. hadirnya pada waktu yang telah ditetapkan. dengan keizinannya. kita hanya mampu merancang dan berdoa. terima kasih ya Allah.

27 feb 2014
Berkongsi berita gembira dengan family. Alhamdulillah mereka semua gembira. Kebetulan bos saya baru balik umrah dan dia panggil masuk bilik. Rupanya dia nak hadiahkan buah zuriat utk saya. Bila saya maklumkan yang saya dah mengandung… dia juga terharu. Bersyukur……..
Selepas ini mungkin saya akan catatkan bagaimana perjalanan kehamilan saya. Mungkin berbeza dengan org lain. Satu yang selalu saya ingat dan pesan dalam diri….bahagia itu biarlah kita yang rasa. Adakalanya bila kita terlalu menunjuk…tapi ingat kita tak tau mereka diluar sana mungkin terguris dengan apa yg kita “tayang-tayangkan”. Saya pernah merasainya.


Tuesday 10 February 2015

KISAH BULAN JANUARI

Alhamdulillah bersyukur kerana hari ini diberi kesempatan untuk menulis sedikit catatan. Dah 2 minggu balik dari outstation. Sibuk dengan report-report. Baru dapat tempoh bertenang dah dapat projek baru utk bulan depan. Destinasi dah ditentukan dan masa yang ditetapkan 2 minggu. Last month kuar pun 2 mggu jugak.  Kerja seperti saya memang memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang tinggi.
Nak dijadikan cerita… 2nd week saya kat sana kena keracunan makanan. Memang agak teruk. Diuji dengan sakit bila jauh dengan family time tu rasa nk terbang balik dan nak berhenti kerja. Masa kat sana kalau ikutkan mmg datang “P” tapi datang sikit dan sehari je. Memandangkan bukan pertama kali “p” saya lewat jadi saya buat2 tak tau. Focus pada kerja jer.
23hb jan selamat landing di klia jam 11.15 mlm. Sebab dah tinggal rumah 2 mggu… balik hari jumaat lepas kerja. Tak tggu dah…jumaat tu chow..hihihihi Kalau balik hari sabtu rasa tambah lama. Lagipun dah rindu suami.
24hb jan saya keluar dengan suami. Balas dendam 2 mggu tak jumpa…suami ajak dating. Bayangkan dari pukul 1000 sampai 1830. Huhuhuhu. Mmg sungguh2 dating. Masa ni “p” saya datang dan kalini datang dengan banyak dan saya rasa mmg betul2 “p”.
30hb jan saya dan suami balik ke rumah mama. Plan ahad 1feb nak pergi urut dengan akak yang haritu. Memang rasa lega sangat sbb dapat urut 1 badan. Masa dia urut dia pegang kat perut n dia ckp macam dah “sangkut” tapi baru je kosong.  1. Mungkin sebab ritu angkat bag berat 2. Jalan jauh bawak beg berat cari surau masa kat kk airport. 3. Keracunan makanan. Tapi yang aku lega sebab akak tu bagi kata2 +ve. Dia ckp mungkin ada hikmah. Lepas ni jangan angkat berat2. Jangan stress. Sentiasa berdoa. Bagus akak tu. Bukan apa kekadang ada n pernah dapat tukang urut yang –ve. Contoh pernah tukang urut cakap telur saya sikit sebab tu susah mengandung. Kalau org cakap mcm tu mau tak down kan?. Tapi biar lah….percaya rezeki ditangan allah. Mudah-mudahan ada rezeki saya selepas mengurut kali ke 2 ni.
2feb dan 3feb cuti. Sambung cuti sampi 4feb. last minute amik cuti ganti. Kalau selalu outstation mmg banyak cuti ganti. Cuti tahun tak pkai. Hehehe.  Nak share sikit tazkirah ustaz pada 6hb feb. rezeki kita ditangan allah. Anak…jodoh…kekayaan…semua ditentukan oleh allah. Memang sedikit terkesan dengan kata-kata ustaz tu. Jadi siapa2 yang senasib dengan saya sama-samalah kita bersyukur. Orang yang tak pernah mengalami situasi kita tak kan tau apa yang kita rasa.
9hb feb briefing untuk next projek dah start. So tadi masa lunch hour lepak2….nak bagi refresh otak…nak masuk benda baru.
Owhhhh nampaknya 1st appointment saya bulan depan. Berdebar juga. Saya harap ada good news sebelum bulan depan. Amin…