Dalam Ingatan

Wednesday 24 June 2015

RAMADHAN 1436H

Salam Ramadhan. Selamat berpuasa. Alhamdulillah tahun ini bertemu dengan Ramadhan hari ke-7. Pengalaman indah berpuasa tahun ini. Setakat 7hari ni belum tinggal lagi makan sahur. Doa sangat janganlah terlajak bangun. Kesian kat ibu n baby. huhuhu
Kandungan dah masuk 5bulan setengah. Ada kira setengah2 eh??? Hihihi. Baby makin aktif bergerak. Pengalaman pertama memang takut n teruja. Bila kita bawa 1 lagi nyawa dalam perut kita. Syukur sebab dapat melalui pengalaman indah ini. Sepanjang bulan Ramadhan saya xde masalah untuk masak sahur n buka. Saya lebih suka masak sendiri walaupun simple.
Sepanjang tempoh mengandung ni suami betul2 memahami. Banyak kerja2 rumah yang dia tolong buat. Kadang-kadang kesian kat myhubby sebab dia pun keje shift. Tips: Jangan paksa diri kalau tak larat. Biar je lah sepah2.
2 minggu lepas buat scan kat Hospital Umra. Saya dan suami teruja sebab 1st time dapat dengar bunyi jantung baby. Semua ok. Dr. bagitau baby matang seminggu awal dari usia. Air Ketuban ok Cuma Dr. kata dia expect perlu banyak lagi.
Masalah saya sepanjang mengandung ialah berat badan tak naik. Why why n why? Normal ke? Sbb masa scan…weight baby dah 441gram. Tp plus air ketuban plus uri berat saya memang tak naik. Suami dilantik untuk jadi penasihat. Macam-macam dia nasihatkan saya. Suami risaukan baby jer. Hehehhehe. Bila suami bagi tazkirah pasal berat badan saya Cuma senyum2 n gelak2. Rasa lucu plak. Take care betul kat baby. Betullah kata kawan saya….nnt kasih sayang suami saya akan beralih arah kepada baby. Hahahhahah. Lain perasaan orang yang kawin terus dapat baby dengan orang yang dah lama kawin tunggu anak 1st. sweet moment.
Dengan usia kandungan sekarang masih belum beli apa-apa utk keperluan “menyambut orang baru”. Baru cari-cari listing. Insyaallah lepas raya baru nak mula projek. Persiapan raya tahun ni pun sederhana. Tahun-tahun sebelum ni mmg sederhana juga tapi selalu over. Tapi tahun betul2 azam tak nak over budget. Baju raya saya 5 pasang. Jubah raya suami beli 2 pasang. NAMPAK??????. Hahhahaha.

Syukur….
Syukur…
Syukur….
Dengan keberkatan bulan Ramadhan
Aku bermohon kepadaMU Ya Allah
Diselamatkan anak yang aku kandung ini
Diberi kesihatan yang baik….akhlak yang baik…
Semoga menjadi khalifah terbaik untuk ummah dan keluarga.

Amin Ya Rabbal a’lamin