Dalam Ingatan

Saturday, 14 October 2017

SETAHUN ~ 2017

Allah maha kaya... Dia nak bagi sesuatu yg baik bukan semudah yg kita sangka....Allah sgt adil...Dia mnguji hambaNya yg di sayangi dengan berbagai cara...Dia juga sediakan jalan utk kita cari jalan penyelesaian......

Lama dah tak menulis. Azam dlm hati nk menulis semula. Bukan untuk siapa2 tapi untuk tatapan insan2 tersayang dimasa hadapan.

Byk yg nak dicatatkan....
Pasal bf journy anak ke-2
Pasal family
Moment2 indah besarkan umar dan ulfa.
Bukan tak ada fb...bukan xada ig....
Blog lebih peribadi sbb xramai yg tau pasal blog ni. Skrg org lebih mudah up kat fb or ig. Tp tak boleh nk cakap panjang2. Blog its mine.... xsuka jangan baca....tu....yg curi2 baca pun i tau.... tapi tak pe...tak kisah....yg baik kita share....yang xelok jangan ikut....

14okt2017
~mak anak dua~

Monday, 14 November 2016

REZEKI

Kebahagian
Kesihatan
Ketenangan
Pasangan yang baik

Rezeki yang dikurniakan. Alhamdulillah.

Friday, 4 November 2016

Umar TUrn ONe

Alhamdulillah UMar dah setahun.
Ibu doakan umar membesar dengan sihat. Jadi anak yang baik. Boleh berdikari. Jadi anak bertanggungjawab.

Sekali lagi umar demam masa nak tukar tahun. Selsema+batuk=pakej. Alhamdulillah xlama. Lepas makan ubat dah berkurang.

Umar sangat aktif. Mulut pun ramah. Pengalaman besarkan umar ibu akan ingat sampai bila2.

Pengalaman bersalinkan umar setahun yang lalu juga ibu takkn lupa. 18hb Okt 00:30 am admit kat hospital. Tapi jalan tak buka. 4cm kekal sampai 19hb Okt 2:00 am. Dr tolong pecahkan air ketuban. Lepastu terus ibu rasa sakit. 8:00 am am tolak ke laboorroom. 8:38 am umar pun lahir. Lepas lahirkan umar ibu ada masalah placenta pecah. Staff nurse terpaksa kutip cebisan uri. Ibu hampir masuk OT. Tapi nasib ada nurse berjaya tarik cebisan uri sampai takde pun yang tinggal. Bila pakar scan cornfirm semua clear barulah ibu ditolak masuk wad. Selesai semua pukul 2:30 pm.

Semua kesakitan tu hilang bila ibu bersama umar. Ibu kuat sebab ibu ada umar....ada papa...ada atok...ada nenek. Umar...umar nak tau tak....20hb Okt adalah tarikh tokwan umar meninggal. Tokwan xsempat nak tengok umar. Kalau tokwan ada mesti dia pun seronok. Umar adalah cucu tokwan lelaki yang pertama. Nanti kalau umar dah besar ibu akan tunjuk gambar tokwan dekat umar. Alfatihah untuk arwah pa.

~happy birthday umar~

Anak ibu dan papa

Thursday, 2 June 2016

Penghujung Syaaban

Terima kasih pada yg telah menghantar msg ini kepada sy. Tersentuh dgn peringatan ini. Manusia selalu lupa. Dgn igt mengingati antara 1 sama lain. Semoga amalan dpt ditingkatkn.... hati bersih utk memaafkn. Terima setiap teguran. Kerana kita bukan insan sempurna....

Hayati msg ini.......

*# Kebergantungan Sesama Manusia #*

Syurga *lelaki* pada  perempuan iaitu ibu.
Syurga *perempuan* pada lelaki iaitu *suami.*

Sehebat-hebat *suami* kena patuh pada *ibu.*
Sehebat-hebat *ibu* kena patuh pada *suami.*

Masa *hidup* anak perlukan *doa ibubapa.*                   Masa *mati* ibubapa perlukan *doa anak.*

Di *dunia* nasab itu pada *lelaki.*
Di *akhirat* nasab itu pada *perempuan.*

*Sehebat-hebat manusia*, bila mati dia tetap *perlu orang lain* untuk *kebumi jenazahnya.*

*Setinggi-tinggi ilmu* yang manusia ada. Dia tetap perlu *belajar* daripada seorang *guru.*

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah *keluarga.*

Walau *sekaya* manapun seorang manusia. Dia tetap perlu untuk *berurusan* dengan *orang lain...*

Seorang *General Manager* tidak akan mampu uruskan perjalanan premis tanpa *general worker.*

Seorang *raja* tidak berkuasa tanpa ada *rakyat jelata.*

Inilah manusia... *Lemah.* Walau sehebat mana pun kita didunia. Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. Taraf kita hanya seorang *"Hamba".*

Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang terbaik dan terhebat ???

Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf ujub, riak,sombong dan hina.

Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat. Iaitu *sombong dan merasa dia lebih baik.*

Alangkah baiknya jika dunia yang sementara ini kita isi dengan kebahagian. Bahagia lihat orang lain bahagia.
Derita bila lihat orang lain derita.
Mahu yang terbaik buat diri sendiri dan orang lain.

Ingatlah...
Dunia untuk dikongsi bersama. Jika tidak, pasti Tuhan beri setiap seorang manusia itu sebuah bumi untuknya sendiri.
Sesungguhnya Tuhan tidak pernah salah merencana sesuatu. Pasti ada hikmahnya.

Sama2 kita renungkan..

C&P

#samasamahotelklia
#muzakarahcendekiawansyariahnusantara-10

Wednesday, 25 May 2016

DENGKI vs BENCI

Alhamdulillah masih ada peluang utk menulis.

DENGKI kemudian benci. Kalau ada perasaan tu cepat2lah kita keluarkan dari hati kita. Bila dengki ianya akan melarat menjadi BENCI. tapi xsalah kalau kita dengki dengan org kerana ibadah. Berlumba2 nak baiki supaya ibadah kita lebih baik dan sempurna.
(Ayat 10 surah al baqarah)
#takzirahpagi

Bukan nak kata kat siapa2 tapi kkdg wanita ni ada gerak hati yang kuat. Boleh perasan kalau org tu mcm dengki2 ngan kita. Tapi sebaiknya kita abaikan orang yang -ve ni.

Kita adalah kita...kita bukalah dia.....

Wednesday, 11 May 2016

Susu Kacang Badam

4 Syaaban 1437H

Resepi susu kacang badam dah lama sebenarnya saya dpt resepi ni dr blog lain. Tapi tak berkesempatan utk cuba. Haritu tujuannya utk mudah hamil tp kalini sediakn utk banyakkan susu badan. Mudah-mudahan berjaya. Masa cucuk umar ritu, doktor suggest suruh mkn kurma, habatussauda, minum susu dan mkn kacang badam. Selain mkn mcm tu je...boleh la cuba utk buat susu.

Bahan:
Kacang badam segenggam (rendam semalaman) 2 3 mlm pn boleh. Hihihi
Kurma 5 / 7 biji (buang biji)
Gula perang (tak letak pn xpe sbb kurma dah manis)
Madu 1 sudu
Air masak 3 cawan

Cara-cara:
1.Blend kacang badam + kurma + air masak. Air rendaman tu boleh guna balik.
2. Tapiskan
3. Tambah madu (pakai sudu kayu or sudu plastik )
4. Rasa dulu....klu xckp manis baru tmbh gula sesedap rasa.

Simpan dlm peti ais atau minum terus. Jangan campur ais sbb mengganggu kesedapan air tu.

Selamat mencuba!!!

Sunday, 8 May 2016

Umar 1st swim swim

Salam hujung rejab

Ibu xtau nk bubuh tajuk apa. Hahhaha. Al kisah minggu lps papa bwk ibu n umar mandi kat sunway lagoon. Tiket free dr opis papa.
Last minute plan... tp mmg happy sgt umar. Yg lucunya...lps swimming ibu bg umar susu...umar terus layu n zzzzZZZ... umar xpeduli bunyi bising pentas n bunyi lonceng org jual aiskrim. Lepas bgn tdo sambung lagi mandi.... next time kita request papa bwk umar g mandi pool lagi ye. Ibu pn blh tumpang sekali.