Alhamdulillah….Tahun
2014 bakal ditinggalkan. Selamat datang 2015. Lagi sehari untuk bekerja ditahun
ini. Insyaallah akan bercuti sambil rehat2kan badan. Awal Dec selamat menerima ahli
keluarga baru. Adik yang ke-3 selamat bertemu dengan pasangan hidupnya. Majlis di
sebelah kami juga telah 2 minggu selesai. Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun
hujan ditengahari.
Persiapan
kenduri sangatlah penat. Semua saudara mara memberikan kerjasama. Memandangkan kenduri
masak sendiri oleh ahli keluarga memang penat 2 kali ganda. Walaupun penat tapi
memang seronok. Buat suami….ini mungkin pengalaman pertamanya. Huhuhuhu. Kesian
jugak tengok suami sampai tak tidur mlm bila sama2 merewangkan diri.
25hb
(Sempena cuti krismas) family sekali lagi buat sedikit kenduri keluarga. Acara
ringkas je. Solat asar berjemaah dan bacaan tahlil. Lepas tu apa lagi….makan2
time.
Ermmmm
apa yang nak dikongsikan ialah pada haritu kami satu family tempah tukang urut.
Bayangkan makcik tu urut kami yang 7 org semuanya. Tak lepaskan peluang jugak
utk urut sekali. Peruntukan untuk sorang 1jam. Tapi memang puas hati. Urutan pun
kuat walaupun aku ni dah org ke 4 dia urut. Huhuhuhu. Bayaran seikhlas hati Kami semua bagi sama jumlah rm40.
Tak
cukup haritu je…sabtu lepas tu kami booking lagi makcik tu. Masa 1st
day urut aku memang terus terang ngan makcik tu yang aku belum ada zuriat lagi.
Tapi my auntie yang urut 1st tadi dah story mory kat makcik ni
jadi makcik tu pun pegang2 then cakap Rahim aku jatuh. Lepas siap urut satu
badan dia pun “sengkak” perut aku. Sakit jangan cerita tapi nak baik punya
pasal…tahannnn…
Tapi
memang boleh rasa perbezaan selepas aku mengurut. 1st Bila nak buang
air 2nd Bahagian Rahim rasa penuh je. Harap2 ada lah rezeki kami
lepas ni. Sebelum ni pun ada juga pergi mengurut tapi belum rezeki. Mudah mudahan
ada rezeki di 2015. Amin.
Perjalanan
untuk mendapatkan zuriat belum berhenti. Kekuatan antara diri dan suami amatlah
tinggi seterusnya melepaskan semua kepada ALLAH.
SELAMAT DATANG 2015. SELAMAT TINGGAL 2014.
InshaAllah, smg 2015 membawa sinar kebahagiaan dan rezeki utk semua TTCian...amin...
ReplyDelete