Dalam Ingatan

Thursday 31 December 2015

2015 ----> 2016

31Dis2015
19Rabiulawal1437H

Hari terakhir 2015. menulis dari meja kerja. Dah 3 hari masuk kerja baru ada mood nak update pasal blog. 2015 sesuatu yang manis untuk ditinggalkan.
2015 disahkan mengandung pada Feb dan baby telah selamat lahir pada 19oct2015 838am. Muhammad Umar Nazhan nama diberi. Banyak sebenarnya yang nak di'rakamkan' pengalaman pertama melahirkan. Nnt saya akan amik masa lain...yang lebih tenang untuk dikongsi atau sebagai kenangan pada masa hadapan.
Semoga 2016 dapat menggalas tangungjawab dengan lebih baik sebagai seorang anak, isteri, ibu, pekerja dan kawan2. ibu doakan Umar Nazhan membesar dengan sihat dan baik. Perjalanan umar masih jauh. insyaallah ibu dan papa akan buat yang terbaik untuk umar. amin

Wednesday 23 September 2015

Catatan 35 Minggu

9Zulhijjah1436H
23 September 2015
#Wukuf di Arafah

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan untuk melaksanakan tangungjawab sebagai khalifah allah.
Catatan pada 35 minggu ~ Tak lama dah nak tunggu due.

1. Tidur Tak Lena
Kena terima hakikat yang tidur anda akan terganggu. bila pukul 4 pagi akan terjaga dan susah nak       tidur balik. Posisi tidur juga tak selesa. mengiring ke kiri tak selesa...mengiring ke kanan pun tak selesa. 

2.  Pedih Ulu Hati
Yang ni juga kerap kena. lagi2 bila makan makanan yang pedas atau makan malam terlalu lewat.      Makan tak ikut jadual yang sepatutnya. Untuk elakkan masalah ni kalau dah kena....saya banyakkan  minum air masak.....dan biasanya mintak suami urutkan belakang bagi lega sikit.

3. Kejang Kaki
Jarang2 kena. Tapi kalau kejang saya akan kejut suami kalau dia ada. kalau suami keje saya akan       pusingkan badan ke dinding dan tekan kaki yang kejang tu kedinding. Itu cara yang saya rasa             berkesan. menangis melalak melolong pun tak guna sebab kita kat umah sorang2. hihihihi

Tapi saya tau...semua moment2 ini akan saya rindui.....hari2 pun usap perut. Banyakkan berkomunikasi dengan baby. Bersyukur tak terhingga sebab Allah bagi saya peluang untuk merasai semua ini. Nikmat paling besar yang tak semua wanita dapat rasai. Bila rasa letih cepat2 ingatkan Allah. Bila macam nak mengeluh sebab tak larat nak buat kerja rumah...cepat2 ingatkan Allah. 

Semoga urusan melahirkan zuriat kami akan dipermudahkan. semoga ibu dan anak selamat. Insyaallah masanya telah ditetapkan oleh Allah. Berdoa dan bertawakal.

Salam Aidiladha......



Tuesday 18 August 2015

Catatan 30 Minggu +++

Hujung minggu lepas dapat sempurnakan hajat untuk adakan kenduri kesyukuran. Kenduri kecil-kecilan. Memang dah rancang untuk jemput family, jiran2 dan kawan terdekat. Minggu ni usia kandungan nak masuk 30 minggu. Minggu lepas bos maklumkan saya tak perlu keluar kawasan tapi semalam ubah dah. Haaaiiilaaa bos….baru nak rasa berehat-rehat. Tak jadi hantar ke johor…dihantarnya saya ke kedah. Harap baby baik2 saja kat kedah nnt ye.
Last 2 week, lepas balik butterworth (o.s seminggu) 1st time shoping barang baby. Happy sangat bila dapat sama2 ngan suami pilih barang. Almaklumlah barang baby kan semua cute miut. Hehhehehe. Sebab tak tau jantina baby jadi saya beli  warna yang natural. Warna pink mmg takut nak beli. Lagi pun saya dan suami tak rancang untuk beli banyak time awal ni. Bersederhana. Sediakan seadanya. Next week ada expo kat shah alam. Insyaallah nak pergi. Rasanya ini kali ke 2 kami pergi ke expo baby. 1st time masa kat midvalley. Tapi time tu lebih kepada persiapan ibu.  Sepanjang mengandung ni, 2 kali saya tumpang checkup kat klinik kesihatan lain. Masa time raya ritu tumpang cek kat port klang. Last 2 week tumpang kat kepala batas. Insyaallah minggu ni checkup kat klinik sentosa.

Baby semakin akif. Bila masuk usia kandungan 30 minggu, amalan yang saya buat ialah minum susu kambing, minum air delima, makan kismis dan minum minyak kelapa dara. Kenapa ibu hamil baik ambil semua makanan yang diatas? Kena tanya en google. Hehheheheh. Harap anak dan ibu sihat sepanjang masa.
Teruja nak sambut orang baru
Nervous nak melahirkan anak pertama

Mudah-mudahan selamat. Amin…..

Wednesday 24 June 2015

RAMADHAN 1436H

Salam Ramadhan. Selamat berpuasa. Alhamdulillah tahun ini bertemu dengan Ramadhan hari ke-7. Pengalaman indah berpuasa tahun ini. Setakat 7hari ni belum tinggal lagi makan sahur. Doa sangat janganlah terlajak bangun. Kesian kat ibu n baby. huhuhu
Kandungan dah masuk 5bulan setengah. Ada kira setengah2 eh??? Hihihi. Baby makin aktif bergerak. Pengalaman pertama memang takut n teruja. Bila kita bawa 1 lagi nyawa dalam perut kita. Syukur sebab dapat melalui pengalaman indah ini. Sepanjang bulan Ramadhan saya xde masalah untuk masak sahur n buka. Saya lebih suka masak sendiri walaupun simple.
Sepanjang tempoh mengandung ni suami betul2 memahami. Banyak kerja2 rumah yang dia tolong buat. Kadang-kadang kesian kat myhubby sebab dia pun keje shift. Tips: Jangan paksa diri kalau tak larat. Biar je lah sepah2.
2 minggu lepas buat scan kat Hospital Umra. Saya dan suami teruja sebab 1st time dapat dengar bunyi jantung baby. Semua ok. Dr. bagitau baby matang seminggu awal dari usia. Air Ketuban ok Cuma Dr. kata dia expect perlu banyak lagi.
Masalah saya sepanjang mengandung ialah berat badan tak naik. Why why n why? Normal ke? Sbb masa scan…weight baby dah 441gram. Tp plus air ketuban plus uri berat saya memang tak naik. Suami dilantik untuk jadi penasihat. Macam-macam dia nasihatkan saya. Suami risaukan baby jer. Hehehhehe. Bila suami bagi tazkirah pasal berat badan saya Cuma senyum2 n gelak2. Rasa lucu plak. Take care betul kat baby. Betullah kata kawan saya….nnt kasih sayang suami saya akan beralih arah kepada baby. Hahahhahah. Lain perasaan orang yang kawin terus dapat baby dengan orang yang dah lama kawin tunggu anak 1st. sweet moment.
Dengan usia kandungan sekarang masih belum beli apa-apa utk keperluan “menyambut orang baru”. Baru cari-cari listing. Insyaallah lepas raya baru nak mula projek. Persiapan raya tahun ni pun sederhana. Tahun-tahun sebelum ni mmg sederhana juga tapi selalu over. Tapi tahun betul2 azam tak nak over budget. Baju raya saya 5 pasang. Jubah raya suami beli 2 pasang. NAMPAK??????. Hahhahaha.

Syukur….
Syukur…
Syukur….
Dengan keberkatan bulan Ramadhan
Aku bermohon kepadaMU Ya Allah
Diselamatkan anak yang aku kandung ini
Diberi kesihatan yang baik….akhlak yang baik…
Semoga menjadi khalifah terbaik untuk ummah dan keluarga.

Amin Ya Rabbal a’lamin

Friday 20 March 2015

BERTAMBAHNYA USIA



Alhamdulillah 20 Mac 2015 genap usia 30 tahun.


Semoga dengan bertambahnya umur, bertambahlah tangungjawab.
Semoga diri ini terus diberi kesihatan yang baik dan rezeki yang berkat untuk terus beribadah kepada allah. Hadiah hari lahir yang sungguh bermakna sekali dengan Hadiah Anniversary 5 Mac yang lalu. Title Mom to be. Insyaallah.

Alhamdulillah 2 bulan yang pertama saya tidak mengalami sebarang alahan. Semua nya baik-baik sahaja. Yang pasti … Baju kurung saya kain dah start ketat. Huhuhuhu.

Yang paling sweet saat ni bila “papa” dah sibuk study pasal barang-barang baby. Sekarang mudah nak dapatkan capaian. Hanya dihujung jari. Untuk survey di kedai masih terlalu awal. So cuci2 mata kat internet je.


Pada usia kandungan yang terlalu awal ni…..saya tak dapat nak elak untuk tidak pergi outstation. 1st travel baby last 2 week ke semporna selama 2 minggu. Alhamdulillah semuanya selamat.  Next week ada training di Nilai seminggu. Training is better then stay in office…kena hadap keje. Hihihihihih. Nampak???? Tanda2 org malas buat keje. Huhuhuhu. Baru bape tahun keje dan bowing…. Sedangkan byk tahun lagi nak keje nakkkk oiiii.

mood fefiling happy......

Friday 27 February 2015

Alhamdulillah.......Saya Hamil

Assalamualaikum. Salam jumaat. Salam barakah.
Cerita bermula……


25 Feb 2014
Terjaga pukul 5 pagi. Terdetik dihati untuk buat urine test. Saya gunakan Clorox. Sebelum ni pernah buat dah hasilnya gagal. Pagi tu saya tetap ingin cuba memandangkan saya tak simpan UPT dirumah. Saya tuang agak banyak almaklumlah Clorox tu saya baru jer beli minggu lepas di tesco. Hasilnya saya nmpak buih2 gas. Tapi saya abaikan. Mungkin sbb sy tuang banyak dan Clorox bersifat panas. Abaikan dan bersiap untuk ke tempat kerja.

Di office saya whatsapp dengan suami . bgtau tentang experiment saya subuh tadi dan suami kata try la beli UPT balik kerja nnt.

Petang balik kerja saya singgah pasar malam utk beli apa yang patut then singgah farmasi utk beli UPT. Masa nak beli mmg cari paling murah (biasa RM5) tapi stok dah abis so beli yang RM10. Bukan tak nak beli yang mahal…tapi pengalaman sebelum2 ni…bila –ve sedihkan.

Manghrib sebelum mandi saya cuba sekali lagi experiment saya dah hasilnya macam pagi tadi. Berbuih. Selepas solat saya msg suami dan suami pesan supaya terus berdoa supaya ada rezeki kami. Saya pun xnak berharap penuh.
Pukul 9 malam suami sampai rumah…then makan sama2… lepas mkn suami layan tengok tv tapi saya… tv tu tengok saya balik. Hiihihii. Gara2 bangun awal sangat pagi tadi.
Sebelum tdo suami kejut utk solat isyak tapi saya ckp kat suami nnt saya bangun. Saya Sangat mengantuk.

26 feb 2014
2.30 pagi saya tersedar utk solat isyak. Teringat nak buat UPT. Mula2 terfikir nak buat sekarang atau pagi nanti. Saya buat keputusan utk pilih sekarang.  Bila test je….nampak 2 line yang jelas. Macam tak percaya…Saya terus kejutkan suami dan……dan….Subhanalllah. Maha suci allah apabila dianugerahkan berita gembira yang ditunggu2. Saya teruskan dengan solat dan terus berdoa. Masa tu rasa mcm tak percaya…banyak bersoalan… dan terus tak boleh tidur.

8.30 malam saya dan suami buat rujukan diklinik utk buat pengesahan dan Dr maklumkan kandungan saya hampir 7 minggu. Saya sangat2 bersyukur dan berterima kasih untuk doa2 yang dari mereka2 yg disekeliling saya. Harap semuanya baik2 saja. Dr arahkan utk makan asid folic mulai harini. Saya percaya ibu2 lain juga sama kan?
Perjalanan saya  baru saja bermula. Untuk pertama kali banyak yg saya perlu belajar. Saya tak pasti mungkin ada yg menyentuh perasaan sesiapa yang membaca entry ini. Saya sentiasa akan doakan kalian juga akan merasai pengalaman ini.
Saya akan tulis satu lagi entry tentang usaha2 saya sepanjang 4 tahun menunggu. Mungkin tak membantu tetapi untuk catatan saya dan bacaan saya pada masa akan datang maka saya akan catatkan disini nanti. 4 tahun mulanya saya fikirkan lama tapi bila saya compare masih ada yang lagi lama. saya anggap 4 tahun adalah masa yang singkat. bersyukur. hadirnya pada waktu yang telah ditetapkan. dengan keizinannya. kita hanya mampu merancang dan berdoa. terima kasih ya Allah.

27 feb 2014
Berkongsi berita gembira dengan family. Alhamdulillah mereka semua gembira. Kebetulan bos saya baru balik umrah dan dia panggil masuk bilik. Rupanya dia nak hadiahkan buah zuriat utk saya. Bila saya maklumkan yang saya dah mengandung… dia juga terharu. Bersyukur……..
Selepas ini mungkin saya akan catatkan bagaimana perjalanan kehamilan saya. Mungkin berbeza dengan org lain. Satu yang selalu saya ingat dan pesan dalam diri….bahagia itu biarlah kita yang rasa. Adakalanya bila kita terlalu menunjuk…tapi ingat kita tak tau mereka diluar sana mungkin terguris dengan apa yg kita “tayang-tayangkan”. Saya pernah merasainya.


Tuesday 10 February 2015

KISAH BULAN JANUARI

Alhamdulillah bersyukur kerana hari ini diberi kesempatan untuk menulis sedikit catatan. Dah 2 minggu balik dari outstation. Sibuk dengan report-report. Baru dapat tempoh bertenang dah dapat projek baru utk bulan depan. Destinasi dah ditentukan dan masa yang ditetapkan 2 minggu. Last month kuar pun 2 mggu jugak.  Kerja seperti saya memang memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang tinggi.
Nak dijadikan cerita… 2nd week saya kat sana kena keracunan makanan. Memang agak teruk. Diuji dengan sakit bila jauh dengan family time tu rasa nk terbang balik dan nak berhenti kerja. Masa kat sana kalau ikutkan mmg datang “P” tapi datang sikit dan sehari je. Memandangkan bukan pertama kali “p” saya lewat jadi saya buat2 tak tau. Focus pada kerja jer.
23hb jan selamat landing di klia jam 11.15 mlm. Sebab dah tinggal rumah 2 mggu… balik hari jumaat lepas kerja. Tak tggu dah…jumaat tu chow..hihihihi Kalau balik hari sabtu rasa tambah lama. Lagipun dah rindu suami.
24hb jan saya keluar dengan suami. Balas dendam 2 mggu tak jumpa…suami ajak dating. Bayangkan dari pukul 1000 sampai 1830. Huhuhuhu. Mmg sungguh2 dating. Masa ni “p” saya datang dan kalini datang dengan banyak dan saya rasa mmg betul2 “p”.
30hb jan saya dan suami balik ke rumah mama. Plan ahad 1feb nak pergi urut dengan akak yang haritu. Memang rasa lega sangat sbb dapat urut 1 badan. Masa dia urut dia pegang kat perut n dia ckp macam dah “sangkut” tapi baru je kosong.  1. Mungkin sebab ritu angkat bag berat 2. Jalan jauh bawak beg berat cari surau masa kat kk airport. 3. Keracunan makanan. Tapi yang aku lega sebab akak tu bagi kata2 +ve. Dia ckp mungkin ada hikmah. Lepas ni jangan angkat berat2. Jangan stress. Sentiasa berdoa. Bagus akak tu. Bukan apa kekadang ada n pernah dapat tukang urut yang –ve. Contoh pernah tukang urut cakap telur saya sikit sebab tu susah mengandung. Kalau org cakap mcm tu mau tak down kan?. Tapi biar lah….percaya rezeki ditangan allah. Mudah-mudahan ada rezeki saya selepas mengurut kali ke 2 ni.
2feb dan 3feb cuti. Sambung cuti sampi 4feb. last minute amik cuti ganti. Kalau selalu outstation mmg banyak cuti ganti. Cuti tahun tak pkai. Hehehe.  Nak share sikit tazkirah ustaz pada 6hb feb. rezeki kita ditangan allah. Anak…jodoh…kekayaan…semua ditentukan oleh allah. Memang sedikit terkesan dengan kata-kata ustaz tu. Jadi siapa2 yang senasib dengan saya sama-samalah kita bersyukur. Orang yang tak pernah mengalami situasi kita tak kan tau apa yang kita rasa.
9hb feb briefing untuk next projek dah start. So tadi masa lunch hour lepak2….nak bagi refresh otak…nak masuk benda baru.
Owhhhh nampaknya 1st appointment saya bulan depan. Berdebar juga. Saya harap ada good news sebelum bulan depan. Amin…


Wednesday 7 January 2015

TIDAK BERTAJUK

Entry tidak bertajuk. 1st sebab baru skodeng FB kawan2. Semua pic dengan pic baby baby dia org yg sangat cute miut. Waaaaaaa laju jer ayaq mata ni…… 2nd Moral down sebab kena pergi O/S minggu depan 2 minggu. Benda dah plan awal tapi tak la sedih sgt tapi smlm bila terpandang lugged tu….. automatic terus sebak. Tetapi aku kuatkan semangat. Positifkan balik minda.
“Belum rezeki……”
“Jangan cemburu rezeki orang….”
“belajar sikit rasa bersyukur…..”


Owhhhhh tapi hati ni sangat tak kuat………..