Dalam Ingatan

Monday 14 November 2016

REZEKI

Kebahagian
Kesihatan
Ketenangan
Pasangan yang baik

Rezeki yang dikurniakan. Alhamdulillah.

Friday 4 November 2016

Umar TUrn ONe

Alhamdulillah UMar dah setahun.
Ibu doakan umar membesar dengan sihat. Jadi anak yang baik. Boleh berdikari. Jadi anak bertanggungjawab.

Sekali lagi umar demam masa nak tukar tahun. Selsema+batuk=pakej. Alhamdulillah xlama. Lepas makan ubat dah berkurang.

Umar sangat aktif. Mulut pun ramah. Pengalaman besarkan umar ibu akan ingat sampai bila2.

Pengalaman bersalinkan umar setahun yang lalu juga ibu takkn lupa. 18hb Okt 00:30 am admit kat hospital. Tapi jalan tak buka. 4cm kekal sampai 19hb Okt 2:00 am. Dr tolong pecahkan air ketuban. Lepastu terus ibu rasa sakit. 8:00 am am tolak ke laboorroom. 8:38 am umar pun lahir. Lepas lahirkan umar ibu ada masalah placenta pecah. Staff nurse terpaksa kutip cebisan uri. Ibu hampir masuk OT. Tapi nasib ada nurse berjaya tarik cebisan uri sampai takde pun yang tinggal. Bila pakar scan cornfirm semua clear barulah ibu ditolak masuk wad. Selesai semua pukul 2:30 pm.

Semua kesakitan tu hilang bila ibu bersama umar. Ibu kuat sebab ibu ada umar....ada papa...ada atok...ada nenek. Umar...umar nak tau tak....20hb Okt adalah tarikh tokwan umar meninggal. Tokwan xsempat nak tengok umar. Kalau tokwan ada mesti dia pun seronok. Umar adalah cucu tokwan lelaki yang pertama. Nanti kalau umar dah besar ibu akan tunjuk gambar tokwan dekat umar. Alfatihah untuk arwah pa.

~happy birthday umar~

Anak ibu dan papa

Thursday 2 June 2016

Penghujung Syaaban

Terima kasih pada yg telah menghantar msg ini kepada sy. Tersentuh dgn peringatan ini. Manusia selalu lupa. Dgn igt mengingati antara 1 sama lain. Semoga amalan dpt ditingkatkn.... hati bersih utk memaafkn. Terima setiap teguran. Kerana kita bukan insan sempurna....

Hayati msg ini.......

*# Kebergantungan Sesama Manusia #*

Syurga *lelaki* pada  perempuan iaitu ibu.
Syurga *perempuan* pada lelaki iaitu *suami.*

Sehebat-hebat *suami* kena patuh pada *ibu.*
Sehebat-hebat *ibu* kena patuh pada *suami.*

Masa *hidup* anak perlukan *doa ibubapa.*                   Masa *mati* ibubapa perlukan *doa anak.*

Di *dunia* nasab itu pada *lelaki.*
Di *akhirat* nasab itu pada *perempuan.*

*Sehebat-hebat manusia*, bila mati dia tetap *perlu orang lain* untuk *kebumi jenazahnya.*

*Setinggi-tinggi ilmu* yang manusia ada. Dia tetap perlu *belajar* daripada seorang *guru.*

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah *keluarga.*

Walau *sekaya* manapun seorang manusia. Dia tetap perlu untuk *berurusan* dengan *orang lain...*

Seorang *General Manager* tidak akan mampu uruskan perjalanan premis tanpa *general worker.*

Seorang *raja* tidak berkuasa tanpa ada *rakyat jelata.*

Inilah manusia... *Lemah.* Walau sehebat mana pun kita didunia. Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. Taraf kita hanya seorang *"Hamba".*

Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang terbaik dan terhebat ???

Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf ujub, riak,sombong dan hina.

Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat. Iaitu *sombong dan merasa dia lebih baik.*

Alangkah baiknya jika dunia yang sementara ini kita isi dengan kebahagian. Bahagia lihat orang lain bahagia.
Derita bila lihat orang lain derita.
Mahu yang terbaik buat diri sendiri dan orang lain.

Ingatlah...
Dunia untuk dikongsi bersama. Jika tidak, pasti Tuhan beri setiap seorang manusia itu sebuah bumi untuknya sendiri.
Sesungguhnya Tuhan tidak pernah salah merencana sesuatu. Pasti ada hikmahnya.

Sama2 kita renungkan..

C&P

#samasamahotelklia
#muzakarahcendekiawansyariahnusantara-10

Wednesday 25 May 2016

DENGKI vs BENCI

Alhamdulillah masih ada peluang utk menulis.

DENGKI kemudian benci. Kalau ada perasaan tu cepat2lah kita keluarkan dari hati kita. Bila dengki ianya akan melarat menjadi BENCI. tapi xsalah kalau kita dengki dengan org kerana ibadah. Berlumba2 nak baiki supaya ibadah kita lebih baik dan sempurna.
(Ayat 10 surah al baqarah)
#takzirahpagi

Bukan nak kata kat siapa2 tapi kkdg wanita ni ada gerak hati yang kuat. Boleh perasan kalau org tu mcm dengki2 ngan kita. Tapi sebaiknya kita abaikan orang yang -ve ni.

Kita adalah kita...kita bukalah dia.....

Wednesday 11 May 2016

Susu Kacang Badam

4 Syaaban 1437H

Resepi susu kacang badam dah lama sebenarnya saya dpt resepi ni dr blog lain. Tapi tak berkesempatan utk cuba. Haritu tujuannya utk mudah hamil tp kalini sediakn utk banyakkan susu badan. Mudah-mudahan berjaya. Masa cucuk umar ritu, doktor suggest suruh mkn kurma, habatussauda, minum susu dan mkn kacang badam. Selain mkn mcm tu je...boleh la cuba utk buat susu.

Bahan:
Kacang badam segenggam (rendam semalaman) 2 3 mlm pn boleh. Hihihi
Kurma 5 / 7 biji (buang biji)
Gula perang (tak letak pn xpe sbb kurma dah manis)
Madu 1 sudu
Air masak 3 cawan

Cara-cara:
1.Blend kacang badam + kurma + air masak. Air rendaman tu boleh guna balik.
2. Tapiskan
3. Tambah madu (pakai sudu kayu or sudu plastik )
4. Rasa dulu....klu xckp manis baru tmbh gula sesedap rasa.

Simpan dlm peti ais atau minum terus. Jangan campur ais sbb mengganggu kesedapan air tu.

Selamat mencuba!!!

Sunday 8 May 2016

Umar 1st swim swim

Salam hujung rejab

Ibu xtau nk bubuh tajuk apa. Hahhaha. Al kisah minggu lps papa bwk ibu n umar mandi kat sunway lagoon. Tiket free dr opis papa.
Last minute plan... tp mmg happy sgt umar. Yg lucunya...lps swimming ibu bg umar susu...umar terus layu n zzzzZZZ... umar xpeduli bunyi bising pentas n bunyi lonceng org jual aiskrim. Lepas bgn tdo sambung lagi mandi.... next time kita request papa bwk umar g mandi pool lagi ye. Ibu pn blh tumpang sekali.

Wednesday 27 April 2016

Umar turn 6 month

Alhamdulillah

Dah belas-belas hari dalam bulan rejab
Semoga dipertemukan dengan bulan syaban dan  ramadhan. Amin.

Umar dah 6 bulan. Alhamdulillah makin sihat. Dah complete kan vaksin rota. Pneumococcal ada 3 dos lagi. Klu baby lain...seusia ngan umar ada yg dh complete. Ibu umar lambat sikit. Hihihi. Tp insyaallah akan pastikan umar amik dgn sempurna. Nak tau pasal 2 vaksin ni? Sila mntk tolong ngan en.google ye. Hihihi. Kita hanya usaha. Yang lain tawakal. Masa checkup 6month kat kk, berat umar dah 8.9kg. Disebabkan jadual inject umar dh sedikit lari...so masa 19apr ritu umar kena amik 2 injection sekali gus. Mula2 mmg risau sbb ada yg bgtau nnt anak demam klu xtahan. So sy mmg standby cuti haritu utk pantau umar. Alhamdulillah sampai rini umar ok. Xdemam pn....cuma merengek ptg tu mgkin sakit pada bekas injection. Pada mummy2 yg takut nk cucuk baby sekali 2 injection tu jgn takut. Kita sebagai ibu kita sendiri fhm anak mcm mn. Klu nmpk dia jenis mudah xsihat...so kena elakkan. Klu ok boleh la teruskan. Tp pemantauan mmg kena buat lps tu. Kena rajin cek suhu. Habis 1 bab pasal injection.

Bab makanan plak. Umar dah start nk mkn solid food. 1st mknn yang ibu buat utk umar ialah manggo manis + kurma. Umar mkn 2 3 sudu je. Next day ibu buatkan kentang + brokoli. Bawa rumah pengasuh pn xabis jugak. Pengasuh ckp umar xminat. 3rd day hari sabtu...ibu buatkan kentang + carrot. Alhamdulillah umar mkn. Tapi sebabkan nmpk umar meneran masa nk buang air besar so....ibu stopkan puri utk umar. Umar proceed ngan nestum beras je. Jumaat lps start balik ngan pisang....nasi + labu...nasi + bayam...nasi + labu + kismis.

Ada terbaca utk sediakan mknn baby...ikan bilis adalah pengganti garam dan kurma adalah pengganti gula. Sehingga setahun...elakkan bagi garam pada bayi kerana buah pinggang xsedia lagi. Ritu masa kwn o.s ke sabah mmg dh pesan ikan bilis byk sbb tau nnt berguna time nk siapkn puri umar. Utk usia umar...kita kena kenalkan mknn kepada bayi. Wlupn bayi menolak pada mulanya...tp kena bg supaya dia kenal itu makanan. Kalau ikut umar dh boleh mkn ayam but not seafood or daging merah. Tp ibu xsempat buat mggu ni. Insyaallah mggu dpn ibu test kat umar nnt.

Untuk menu bayi...sy byk merujuk pada fb...type je resepi bayi...pilih la mana nk follow. Yang kita rasa sesuai kita amik..klu xsesuai...abaikan je. Tp byk perkara yg sy tahu melalui pembacaan dan tanya kwn2 office. Dia org ajar mcm mn nak bekukan stok n cara mudah nak sediakan mknn setiap pagi dengan mudah n cepat. Ada yang syorkan utk menggunakan slow cooker tp kena msk dr mlm...ada yg suruh pkai periuk nasi letak mode porridge...tp sy rasa cepat lagi menggunakan api dapur. Tp bahaya sbb sambil msk....kita tinggal utk mandi dan pkai baju. Klu buat mcm sy...pastikan air utk nasi lebih dr biasa.

Cukup dah 6 bulan dan masa utk tukar botol susu umar . Tgk dah ada calar. Wlupn xla teruk tp jangka hayat botol hanyalah 6bln kecuali klu pkai botol kaca or jenis ppsu. Itu pn puting kena tukar seeloknya setiap 3 bln skali. Cerita pasal botol susu...sblm ni umar hanya ada 5 botol susu. 3 t/tippee n 2 simba. Xramai yg tau pasal botol simba. Nnt sy cerita psl botol ni. Botol simba ialah botol jenis ppsu. Beli masa umar 2mnth. Kebetulan sabtu lps kwn bgtau pigeon ada buat promosi. Tukar mana2 botol lama dgn botol pigeon yg baru siap dapat 50%. So smlm time rehat sy pergi ke selayang mall dan tukar 3 t/tippee dgn 3 botol pigeon yg baru. Mmg berbaloi2. Harga klu xpromosi sama dgn harga botol simba. Botol pigeon ni pn ppsu so ok lah kan...tp ptg smlm bila smpi rumah puting pada botol tu xsesuai sbb size ss. Mmg sgt kecil utk umar. Nasib ada puting simba size M. betul2 ngam kat botol pigeon so ok la. Selesai masaalah. Saya suka puting simba sebab dia cross hole dan anti colic. Apa beza round hole ngan cross hole? Round akan menitik klu kita terbalikkan botol but cross hole menitik klu baby hisap sahaja.

Tapi betul org cakap...alah membeli...menang memakai... nak bagi yang terbaik utk umar. Insyaallah.

Wednesday 6 April 2016

BILA......

Minggu yang sangat stress.....
Harap sangat minggu ni cepat berlalu. Isnin cuti sbb alahan kulit. Sedangkan tau kerja menimbun xsiap. Kerja klu kejar due date mmg stress. Stress akan bertambah bila dtg masalah2 tepi yang lain.
Stress bila kena cukupkan stok umar sbb jumaat ni nak kena g bengkel kat taiping.
Setiap hari mggu ni balik lambat walaupn try utk tidak balik lambat. Sampai dah kena tarbiah ngan 'rumet'....u keje mcm nak mati pun...u bukan dpt cemerlang. Ok...deep sgt kan.... keluar plak ayat smlm ' mcm la xboleh buat keje tu esk smpi balik lewat'. Xpelah....positif....xsemua org faham kerja kita. Tapi PENTING utk kita fhm kerja dia hokeyyyy.....
Memandangkan sy stress mggu ni jadi saya xdpt nk buat stok yg ckp utk umar. So....ibu akan bwk umar sama-sama tidur kat pusat latihan n berbengkel dgn ibu. INGAT yang ni tak stress ke..... lagi 8kali stress. Uwaaaaaa nk nangis.... tapi....itu je pilihan yang ada.

Dah tu je catatan nk bagi hilang stress. Nak luahkan kat cermin...cermin  xpandai bercakap so parking stress dlm ni siap2. Biar balik nnt stress tu tggl tahap 2 daripada skrg (sekarang tahap 10. Hahahhahaha)
Balik ni nak masak sedap2 untuk suami. Minggu ni anergy totaly out. Kelaut semua.... tdo xckp....mkn ubat mengantuk....tp kena tahan ngantuk sbb masalah tepi2.....tapi sape yg tau perasaan kita????? Sape???????

Friday 25 March 2016

Ini Cerita Umar

Jumaat 
16 Jamadilakhir


Dah 5bulan bergelar ibu. Alhamdulillah umar membesar sihat bagaikan juara. Cuaca sekarang xmenentu. Suhu terlalu tinggi. Petang kkdg hujan. Risau juga takut umar terkesan dgn keadaan cuaca skrg. Belakang badan umar ada sedikit ruam. Tp xlah teruk sgt.
Ruam badan & ruam susu
Umar pn xterkecuali dr dapat benda ni. 2 3 klinik juga pergi. Tp ada 1 klinik yg sy rasa ubat dia sesuai ngan umar. Klinik pakar kanak2 n kulit. Klinik biasa. Tp xtau kenapa rasa percaya dgn ubat dia. Mgkin sbb kwn yg sugest klinik ni dia pn ckp benda yg sama. Tapi....klinik ni doktor dia sgt laaa cerewet. Dr lelaki saya kira sebaya dgn mak saya. Mgkin dia byk pglman. Sbb tu teror bab baby ni. Abis sy kena tarbiah. Tp xserik g klinik ni. Janji umar sihat ok.

Ragam umar
Dah mcm2 kelaku la umar skrg ni. Dh pandai meniarap tp xbetul. Klu meniarap tangan tersepit mula la nk nangis. Umar dh pandai panggil org klu dia tgk xde org sekeliling dia. Umar dgr ckp sbb bila maghrib ibu nk mandi n solat....pesan kat dia jgn nangis...duduk elok2 ( risau dia meniarap tertutup muka) elok je dia baring kat katil. Nasib sambil mandi blh jenguk2 umar ats katil. Tp setakat ni mmg ok. Umar skrg suka tgk org mkn. Bila ibu ngan papa mkn... mulut dia pn nyum2 sekali. Dan yang paling penting masa umar 5bln ni...umar fanatik ngan papa dia. Klu papa balik kerja dia pnya seronok sampai meleleh ayaq liuq....papa busyuk pn nak ikut papa. Ngan ibu xfanatik pn. Msti umar bosan lama2 ngan ibu. Huhuhu. Jelesnyer....

Tabiat umar
Xtau la ini jadi kat umar atau semua baby mcm tu. Sebelum tidur mesti nk garu kepala..garu muka...mcm semuanya gatal. Sampai calar2 muka. Haaiiii laaa anak...menurun sape la kelaku kamu ni. Hahahaha. Kkdg ibu ngan papa yg rimas sbb umar mesti nk garu kepala...muka... kkdg kesian tgk dia dh ngantuk ibu tlg garukan kepala tu. Skrg nak tdo mengiring. Mcm org besar dh anak ibu ni. Kalau papa ada...dia la yg akan tidokan umar. Nampakkkkkk anak bapak kan.....tp time papa ada lah ibu rehat awl. Hihihi

5 Bulan Masih breastfeed
Haritu masa umar nk msk 4bln susu ibu mmg drop. Hampir2 putus asa. Tp alhamdulillah rezeki umar. Smpi skrg umar xcampur lagi susu. Ibu cuma kena jaga pemakanan ibu. Kena bykkn minum susu. Bykkn minum air. Hari2 semangat nk hasilkn susu utk umar. Hati kena tabah. Masa umar 2bln lebih umar dh stop direct breastfeed. Pun ibu sedih masa tu. Klu bg direct umar akan nangis mcm kena dera. Tp ibu tukar strategi. Bila tdo mlm...umar mamai2...ibu bg umar susu by direct. Alhamdulillah berjaya. Itu pn ibu dh suka. Xpe la klu dpt mlm pn ok dah. Mggu lps hari mggu sehari umar ddk rumah ngan ibu sbb papa kerja. Ibu try bg susu direct time siang... alhamdulillah....umar ok...siap lama lagi. Smpi tertdo la umar. Umar mmg good boy. Hihihiihi. Sy percaya klu umar direct menyusu ngan kita...anak akan jd rapat ngan kita. Itu mengikut kajian mmg betul pn. Walaupunnnnnn.....umar fanatik ngan papa dia. Nmpk tak kat situ permainan ibu. Hahhahaha.

Wednesday 16 March 2016

Hidup seperti roda

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar



"Semasa susah cari kita.....bila dh senang putus saudara"

Dunia berputar....hari ini bermegah2 dgn pangkat...dgn keturunan...dgn harta dunia. Megah itu xsampai mana. Bila kita tinggalkan dunia...amalan2 jua sebagai bekalan.

Tazkirah pagi
5 Jamadil akhir