Dalam Ingatan

Wednesday 19 June 2013

Ucapan Tahniah

Alhamdulillah harini punya waktu nak jenguk blog. segala urusan pidah pejabat ke bangunan baru hampir selesai. Sekarang tengah sibuk dengan kajian "portfolio of the poor" yang kutipan datanya bermula minggu hadapan. Bakti terakhir sebelum berpindah unit.

Minggu ni saya banyak menerima ucapan tahniah dari kawan2 pejabat sebab kena tukar unit. kena tukar sebab arahan. jawatan masih sama tapi corak kerja 100% berbeza dengan yang saya buat sekarang. kena jadi fast learner....kena banyak membaca...(Tabahlah wahai hati).

Apa jua tanggapan dan gambaran yang kawan2 nyatakan saya ambil sebagai semangat. mana2 yang negative saya usaha untuk abaikan dan hanya fikirkan yg positif. saya tau saya mampu lakukan. dorongan dari keluarga dan suami yang lebih penting.

Thursday 13 June 2013

Airmata Bulan Jun

Alhamdulillah dah masuk bulan Jun. tiada catatan pun untuk bulan ini. tak tau nak mula. bulan yang bermula dengan air mata....ceria sebentar...kemudian harapan...kemudian air mata.... terlalu banyak. tidak dapat digambarkan. saya sangat percaya sekiranya ada perempuan lain yang melalui apa yang saya rasa...dia juga akan turut rasa kecewa. mungkin akan lakukan perkara lebih teruk dari saya. saya masih kuat. saya masih ada keluarga. masih ada ALLAH. DIA maha mengetahui. saya dah tak nak ingat perkara itu. cukuplah hanya saya dan suami yang tahu.

Percutian ke Cameron merupakan peluang terbaik untuk saya dan suami. tempat yang sesuai untuk tenangkan fikiran bila ada masalah. tapi disebabkan minggu tu minggu cuti sekolah....erm...jam tu yang buat saya n suami tak tahan.....tapi layanzzz je la sebab dah nama pun mkn angin kan. hari sampai kami hanya ke ladang teh dan ladang mardi. benda wajib mesti mkn mestilah strawberi coklat. nyummm. kami hanya tido semalaman je di Hotel Equotorial dan pagi2 selepas sarapan di hotel kami terus ke tempat yang kami nak membeli. tempat wajib mestilah pasar sayur...kemudian ke cactus point dan pergi ke ladang strawberi. this is my 1st time pelik strawberi sendiri. ermmm best la jugak...sebelum balik kami ke rose velly...ok jugak tempat dia. pastu terus zasss balik. sedikit ketenangan diperolehi. but noy fully coverage.

esoknya saya ada mesyuarat di taiping. bila dengan kawan2...kata2 semangat mereka membantu saya.

Harapan. minggu sebelum ke Cameron saya ke klinik untuk dapatkan ubat batuk dan selsema. kesempatan jumpa ngan doctor saya beritahu doctor yang saya dah 2 tahun kawin dan inginkan zuriat. saya bersyukur sebab ditemukan dengan doctor yang memang pakar tentang sakit puan. saya ingin ikhtiar. mana tau ALLAH nak bagi rezeki. diberikan saya ubat hormon untuk datang haid memandangkan haid saya tidak teratur (2 bulan sekali). seminggu mkn ubat saya masih belum ada apa2 kesan. saya diminta untuk buat scan dan Alhamdulillah doctor bgtau Rahim saya sangat baik. tidak bengkak dan tiada masalah. doctor berikan lagi ubat hormon dan pil tambah darah. sekiranya period saya diminta ke klinik pada hari kedua period. DAN ahad lepas saya telah datang period kemudian berjumpa dengan doctor pada isnin untuk ambil ubat dan sedikit consultation. selepas ni usaha dengan lebih baik lagi dengan suami. harap2 lah Berjaya. huhuuhuhu. doctor ckp kalau kesuburan terlalu tinggi chances utk dapat twin mmg ada. tapi saya dan suami tidak kisah satu atau dua yang penting zuriat kami nanti menjadi seorang anak yg soleh dan solehah dan menjadi hamba allah yang baik. itu harapan. tapi kemungkinan gagal mmg ada. tapi tak pe. itu semua kuasa ALLAH. saya berserah.

Airmata dan senyuman bila hari selasa semalam saya mendapat surat arahan berpindah ke Unit Audit Dalaman. Organisasi mmg sama tapi unit lain dan bos lain. oooohhhhhhhhhhhhhhh saya masih sayangkan kerja penyelidikan saya....tapi ini adalah arahan so I follow....ini merupakan hadiah kepada suami saya sempena hari jadi nya....tapi disudut hati kecil saya ada sedikit titik bimbangkan suami saya. bagaimana dengan suami saya?? bagaimana kalau saya sudah mempunyai anak??  tapi titik itu saya biarkan tergantung kerana tak nak mempengaruhi emosi or berpikir yang bukan-bukan. kata-kata semangat dari suami adalah sangat membantu. mana nak tahu rezeki bila masuk unit audit kami dikurniakan zuriat. ameeennn.

~Bersiaran dari office baru~