Alhamdulillah
bersyukur kerana hari ini diberi kesempatan untuk menulis sedikit catatan. Dah
2 minggu balik dari outstation. Sibuk dengan report-report. Baru dapat tempoh
bertenang dah dapat projek baru utk bulan depan. Destinasi dah ditentukan dan
masa yang ditetapkan 2 minggu. Last month kuar pun 2 mggu jugak. Kerja seperti saya memang memerlukan kekuatan
mental dan fizikal yang tinggi.
Nak
dijadikan cerita… 2nd week saya kat sana kena keracunan makanan.
Memang agak teruk. Diuji dengan sakit bila jauh dengan family time tu rasa nk
terbang balik dan nak berhenti kerja. Masa kat sana kalau ikutkan mmg datang
“P” tapi datang sikit dan sehari je. Memandangkan bukan pertama kali “p” saya
lewat jadi saya buat2 tak tau. Focus pada kerja jer.
23hb
jan selamat landing di klia jam 11.15 mlm. Sebab dah tinggal rumah 2 mggu…
balik hari jumaat lepas kerja. Tak tggu dah…jumaat tu chow..hihihihi Kalau
balik hari sabtu rasa tambah lama. Lagipun dah rindu suami.
24hb
jan saya keluar dengan suami. Balas dendam 2 mggu tak jumpa…suami ajak dating.
Bayangkan dari pukul 1000 sampai 1830. Huhuhuhu. Mmg sungguh2 dating. Masa ni
“p” saya datang dan kalini datang dengan banyak dan saya rasa mmg betul2 “p”.
30hb
jan saya dan suami balik ke rumah mama. Plan ahad 1feb nak pergi urut dengan
akak yang haritu. Memang rasa lega sangat sbb dapat urut 1 badan. Masa dia urut
dia pegang kat perut n dia ckp macam dah “sangkut” tapi baru je kosong. 1. Mungkin sebab ritu angkat bag berat 2.
Jalan jauh bawak beg berat cari surau masa kat kk airport. 3. Keracunan
makanan. Tapi yang aku lega sebab akak tu bagi kata2 +ve. Dia ckp mungkin ada
hikmah. Lepas ni jangan angkat berat2. Jangan stress. Sentiasa berdoa. Bagus
akak tu. Bukan apa kekadang ada n pernah dapat tukang urut yang –ve. Contoh
pernah tukang urut cakap telur saya sikit sebab tu susah mengandung. Kalau org
cakap mcm tu mau tak down kan?. Tapi biar lah….percaya rezeki ditangan allah.
Mudah-mudahan ada rezeki saya selepas mengurut kali ke 2 ni.
2feb
dan 3feb cuti. Sambung cuti sampi 4feb. last minute amik cuti ganti. Kalau
selalu outstation mmg banyak cuti ganti. Cuti tahun tak pkai. Hehehe. Nak share sikit tazkirah ustaz pada 6hb feb.
rezeki kita ditangan allah. Anak…jodoh…kekayaan…semua ditentukan oleh allah.
Memang sedikit terkesan dengan kata-kata ustaz tu. Jadi siapa2 yang senasib
dengan saya sama-samalah kita bersyukur. Orang yang tak pernah mengalami
situasi kita tak kan tau apa yang kita rasa.
9hb
feb briefing untuk next projek dah start. So tadi masa lunch hour lepak2….nak bagi
refresh otak…nak masuk benda baru.
Owhhhh
nampaknya 1st appointment saya bulan depan. Berdebar juga. Saya
harap ada good news sebelum bulan depan. Amin…
No comments:
Post a Comment