Dalam Ingatan

Friday 27 February 2015

Alhamdulillah.......Saya Hamil

Assalamualaikum. Salam jumaat. Salam barakah.
Cerita bermula……


25 Feb 2014
Terjaga pukul 5 pagi. Terdetik dihati untuk buat urine test. Saya gunakan Clorox. Sebelum ni pernah buat dah hasilnya gagal. Pagi tu saya tetap ingin cuba memandangkan saya tak simpan UPT dirumah. Saya tuang agak banyak almaklumlah Clorox tu saya baru jer beli minggu lepas di tesco. Hasilnya saya nmpak buih2 gas. Tapi saya abaikan. Mungkin sbb sy tuang banyak dan Clorox bersifat panas. Abaikan dan bersiap untuk ke tempat kerja.

Di office saya whatsapp dengan suami . bgtau tentang experiment saya subuh tadi dan suami kata try la beli UPT balik kerja nnt.

Petang balik kerja saya singgah pasar malam utk beli apa yang patut then singgah farmasi utk beli UPT. Masa nak beli mmg cari paling murah (biasa RM5) tapi stok dah abis so beli yang RM10. Bukan tak nak beli yang mahal…tapi pengalaman sebelum2 ni…bila –ve sedihkan.

Manghrib sebelum mandi saya cuba sekali lagi experiment saya dah hasilnya macam pagi tadi. Berbuih. Selepas solat saya msg suami dan suami pesan supaya terus berdoa supaya ada rezeki kami. Saya pun xnak berharap penuh.
Pukul 9 malam suami sampai rumah…then makan sama2… lepas mkn suami layan tengok tv tapi saya… tv tu tengok saya balik. Hiihihii. Gara2 bangun awal sangat pagi tadi.
Sebelum tdo suami kejut utk solat isyak tapi saya ckp kat suami nnt saya bangun. Saya Sangat mengantuk.

26 feb 2014
2.30 pagi saya tersedar utk solat isyak. Teringat nak buat UPT. Mula2 terfikir nak buat sekarang atau pagi nanti. Saya buat keputusan utk pilih sekarang.  Bila test je….nampak 2 line yang jelas. Macam tak percaya…Saya terus kejutkan suami dan……dan….Subhanalllah. Maha suci allah apabila dianugerahkan berita gembira yang ditunggu2. Saya teruskan dengan solat dan terus berdoa. Masa tu rasa mcm tak percaya…banyak bersoalan… dan terus tak boleh tidur.

8.30 malam saya dan suami buat rujukan diklinik utk buat pengesahan dan Dr maklumkan kandungan saya hampir 7 minggu. Saya sangat2 bersyukur dan berterima kasih untuk doa2 yang dari mereka2 yg disekeliling saya. Harap semuanya baik2 saja. Dr arahkan utk makan asid folic mulai harini. Saya percaya ibu2 lain juga sama kan?
Perjalanan saya  baru saja bermula. Untuk pertama kali banyak yg saya perlu belajar. Saya tak pasti mungkin ada yg menyentuh perasaan sesiapa yang membaca entry ini. Saya sentiasa akan doakan kalian juga akan merasai pengalaman ini.
Saya akan tulis satu lagi entry tentang usaha2 saya sepanjang 4 tahun menunggu. Mungkin tak membantu tetapi untuk catatan saya dan bacaan saya pada masa akan datang maka saya akan catatkan disini nanti. 4 tahun mulanya saya fikirkan lama tapi bila saya compare masih ada yang lagi lama. saya anggap 4 tahun adalah masa yang singkat. bersyukur. hadirnya pada waktu yang telah ditetapkan. dengan keizinannya. kita hanya mampu merancang dan berdoa. terima kasih ya Allah.

27 feb 2014
Berkongsi berita gembira dengan family. Alhamdulillah mereka semua gembira. Kebetulan bos saya baru balik umrah dan dia panggil masuk bilik. Rupanya dia nak hadiahkan buah zuriat utk saya. Bila saya maklumkan yang saya dah mengandung… dia juga terharu. Bersyukur……..
Selepas ini mungkin saya akan catatkan bagaimana perjalanan kehamilan saya. Mungkin berbeza dengan org lain. Satu yang selalu saya ingat dan pesan dalam diri….bahagia itu biarlah kita yang rasa. Adakalanya bila kita terlalu menunjuk…tapi ingat kita tak tau mereka diluar sana mungkin terguris dengan apa yg kita “tayang-tayangkan”. Saya pernah merasainya.


6 comments:

  1. salam kak.. tahniah..saya try yg homemade result +ve tp bila check gne upt jd -ve.. sedih jgklh...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Wlupn entry dh lama...sy br balas. Maaf awk. Mcm mn skrg?

      Delete
  2. Sama la..td test Dgn clorox dkat 4 Kali
    Buih mmg bnyk gler..nie nak try upt lak..smga Ada rezeki.. tahniahhh sygg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam zara. Maaf ats kelewatan membalas komen awk. Mcm mn resultnya? Jom kongsi cerita dgn saya.

      Delete