Hujung
minggu lepas dapat sempurnakan hajat untuk adakan kenduri kesyukuran. Kenduri kecil-kecilan.
Memang dah rancang untuk jemput family, jiran2 dan kawan terdekat. Minggu ni
usia kandungan nak masuk 30 minggu. Minggu lepas bos maklumkan saya tak perlu
keluar kawasan tapi semalam ubah dah. Haaaiiilaaa bos….baru nak rasa
berehat-rehat. Tak jadi hantar ke johor…dihantarnya saya ke kedah. Harap baby
baik2 saja kat kedah nnt ye.
Last 2
week, lepas balik butterworth (o.s seminggu) 1st time shoping barang
baby. Happy sangat bila dapat sama2 ngan suami pilih barang. Almaklumlah barang
baby kan semua cute miut. Hehhehehe. Sebab tak tau jantina baby jadi saya beli warna yang natural. Warna pink mmg takut nak
beli. Lagi pun saya dan suami tak rancang untuk beli banyak time awal ni. Bersederhana.
Sediakan seadanya. Next week ada expo kat shah alam. Insyaallah nak pergi. Rasanya
ini kali ke 2 kami pergi ke expo baby. 1st time masa kat midvalley. Tapi
time tu lebih kepada persiapan ibu. Sepanjang
mengandung ni, 2 kali saya tumpang checkup kat klinik kesihatan lain. Masa time
raya ritu tumpang cek kat port klang. Last 2 week tumpang kat kepala batas. Insyaallah
minggu ni checkup kat klinik sentosa.
Baby
semakin akif. Bila masuk usia kandungan 30 minggu, amalan yang saya buat ialah
minum susu kambing, minum air delima, makan kismis dan minum minyak kelapa
dara. Kenapa ibu hamil baik ambil semua makanan yang diatas? Kena tanya en
google. Hehheheheh. Harap anak dan ibu sihat sepanjang masa.
Teruja nak sambut orang baru
Nervous nak melahirkan anak pertama
Mudah-mudahan selamat. Amin…..
No comments:
Post a Comment