Assalamualaikum.
Salam jumaat. Salam barakah.
Cerita
bermula……
25 Feb 2014
Terjaga
pukul 5 pagi. Terdetik dihati untuk buat urine test. Saya gunakan Clorox. Sebelum
ni pernah buat dah hasilnya gagal. Pagi tu saya tetap ingin cuba memandangkan
saya tak simpan UPT dirumah. Saya tuang agak banyak almaklumlah Clorox tu saya
baru jer beli minggu lepas di tesco. Hasilnya saya nmpak buih2 gas. Tapi saya
abaikan. Mungkin sbb sy tuang banyak dan Clorox bersifat panas. Abaikan dan
bersiap untuk ke tempat kerja.
Di
office saya whatsapp dengan suami . bgtau tentang experiment saya subuh tadi
dan suami kata try la beli UPT balik kerja nnt.
Petang
balik kerja saya singgah pasar malam utk beli apa yang patut then singgah
farmasi utk beli UPT. Masa nak beli mmg cari paling murah (biasa RM5) tapi stok
dah abis so beli yang RM10. Bukan tak nak beli yang mahal…tapi pengalaman
sebelum2 ni…bila –ve sedihkan.
Manghrib
sebelum mandi saya cuba sekali lagi experiment saya dah hasilnya macam pagi
tadi. Berbuih. Selepas solat saya msg suami dan suami pesan supaya terus berdoa
supaya ada rezeki kami. Saya pun xnak berharap penuh.
Pukul
9 malam suami sampai rumah…then makan sama2… lepas mkn suami layan tengok tv
tapi saya… tv tu tengok saya balik. Hiihihii. Gara2 bangun awal sangat pagi
tadi.
Sebelum
tdo suami kejut utk solat isyak tapi saya ckp kat suami nnt saya bangun. Saya Sangat
mengantuk.
26 feb 2014
2.30
pagi saya tersedar utk solat isyak. Teringat nak buat UPT. Mula2 terfikir nak
buat sekarang atau pagi nanti. Saya buat keputusan utk pilih sekarang. Bila test je….nampak 2 line yang jelas. Macam
tak percaya…Saya terus kejutkan suami dan……dan….Subhanalllah. Maha suci allah
apabila dianugerahkan berita gembira yang ditunggu2. Saya teruskan dengan solat
dan terus berdoa. Masa tu rasa mcm tak percaya…banyak bersoalan… dan terus tak
boleh tidur.
8.30
malam saya dan suami buat rujukan diklinik utk buat pengesahan dan Dr maklumkan
kandungan saya hampir 7 minggu. Saya sangat2 bersyukur dan berterima kasih
untuk doa2 yang dari mereka2 yg disekeliling saya. Harap semuanya baik2 saja.
Dr arahkan utk makan asid folic mulai harini. Saya percaya ibu2 lain juga sama
kan?
Perjalanan
saya baru saja bermula. Untuk pertama
kali banyak yg saya perlu belajar. Saya tak pasti mungkin ada yg menyentuh
perasaan sesiapa yang membaca entry ini. Saya sentiasa akan doakan kalian juga
akan merasai pengalaman ini.
Saya
akan tulis satu lagi entry tentang usaha2 saya sepanjang 4 tahun menunggu. Mungkin
tak membantu tetapi untuk catatan saya dan bacaan saya pada masa akan datang
maka saya akan catatkan disini nanti. 4 tahun mulanya saya fikirkan lama tapi bila saya compare masih ada yang lagi lama. saya anggap 4 tahun adalah masa yang singkat. bersyukur. hadirnya pada waktu yang telah ditetapkan. dengan keizinannya. kita hanya mampu merancang dan berdoa. terima kasih ya Allah.
27 feb 2014
Berkongsi
berita gembira dengan family. Alhamdulillah mereka semua gembira. Kebetulan bos
saya baru balik umrah dan dia panggil masuk bilik. Rupanya dia nak hadiahkan
buah zuriat utk saya. Bila saya maklumkan yang saya dah mengandung… dia juga
terharu. Bersyukur……..
Selepas
ini mungkin saya akan catatkan bagaimana perjalanan kehamilan saya. Mungkin
berbeza dengan org lain. Satu yang selalu saya ingat dan pesan dalam diri….bahagia
itu biarlah kita yang rasa. Adakalanya bila kita terlalu menunjuk…tapi ingat kita
tak tau mereka diluar sana mungkin terguris dengan apa yg kita “tayang-tayangkan”.
Saya pernah merasainya.