Dalam Ingatan

Thursday 3 October 2013

Tukar : Cinta Dari Utara ke Selatan -----> Cik Puan Apple

Assalamualaikum

Rindu sangat nak bercatatan di blog tapi tak da masa. Hari ni ambil keputusan untuk ubah tajuk blog. supaya bagi mood baru untuk rajin menulis. (harap-harapan ...huhuhu)

Sekejap je masa berlalu. harini dah 2 hari dibulan oktober. Tahun 3012 dah nak sampai ke penghujungnya. Nak bercerita tentang usaha saya dan suami untuk mendapatkan zuriat. Alhamdulillah bulan lepas saya mencuba untuk membuat rawatan cara islam pulak. saya dan suami ke Pusat rawatan islam al-hidayah di setiawangsa. Selepas rawatan saya lebih tenang. saya memang mengesyorkan pada sesiapa yang nak cuba cara rawatan islam untuk kesini. Tiada ubatan yang diberi...cuma amalan surah yang perlu diamalkan. insyaallah 10/10 ni tarikh susulan untuk saya kesana.

Masa rawatan pertama ustaz bgtau suami memang tiada sebarang masalah. hanya saya mempunyai gangguan. masa ustaz tu bgtau saya pun takut dan gelisah. tapi saya ambil positive sebab gangguan saya hanya gangguan kecil. "benda" tu duduk di bahagian ovari saya. sebab tu terganggu sedikit. dalam masa yang sama...sekali lagi saya mencuba clomid kali ke-2. mudah2 mudahan insyaallah dengan harapan ada rezeki untuk saya dan suami.

Baru-baru ni suami ada berikan tazkirah yang saya kira semua pun ada baca sbb ada di fowordkan di FB. saya nak lakarkan takzirah tu dalam blog saya sebab bg saya ia merupakan kata semangat suami kepada saya.

#malam ni nak balik Kedah.

No comments:

Post a Comment