Minggu lepas aku minta suami tanya pada kawan dia prosedur
untuk mendapatkan rawatan kesuburan di HSB. Tapi suami cakap better aku call
sendiri mimi (isteri kawan suami yang aku cerita kat atas). Mula-mula aku msg
mimi dan mcm2 la yang aku Tanya. Tapi sebab tak puas msg ngan mimi aku cadang
untuk call mimi mlm tu.
Dan akhirnya aku dah dapat jawapannya
1st step : Pergi ke klinik swasta / Klinik
Kesihatan yang berhampiran. Bgtau Dr kat situ masalah kita. Nanti dia akan bg
surat suruh kita refer hospital. Apa bezanya ? Kalau klinik swasta boleh pergi
bila-bila masa tapi nnt sampai kat hospital kena bayar RM10. Kalau klinik
kerajaan f.o.c. n biasanya kena tunggu lama sikit.
Pilihan aku : klinik kerajaan sebab pernah pergi dah klinik
swasta kat klang. Kali ni pilih nak buat kat klinik kesihatan biasa je. Suami pun
ok je.
Tindakan awal : Call klinik kesihatan kat serendah. Bukan saje
call sebab utk jumpa pakar sakit puan takut ada hari2 tertentu….klinik cakap
xde hari tertentu…dan dia bagitau boleh datang dari 8 pagi sampai 5 ptg tapi
rehat tutup. Ok. Setakat ni aku dah faham dan jelas dengan 15hb ni aku dah amik
cuti tahun untuk urusan ni. Harap berjalan lancar nanti.
#Mentaldanfizikalsayadahsediauntuksemuani#