Kebahagian
Kesihatan
Ketenangan
Pasangan yang baik
Rezeki yang dikurniakan. Alhamdulillah.
Cinta Dari Utara ke Selatan Cinta Dari Utara ke Selatan Cinta Dari Utara ke Selatan Cinta Dari Utara ke Selatan Cinta Dari Utara ke Selatan
Alhamdulillah UMar dah setahun.
Ibu doakan umar membesar dengan sihat. Jadi anak yang baik. Boleh berdikari. Jadi anak bertanggungjawab.
Sekali lagi umar demam masa nak tukar tahun. Selsema+batuk=pakej. Alhamdulillah xlama. Lepas makan ubat dah berkurang.
Umar sangat aktif. Mulut pun ramah. Pengalaman besarkan umar ibu akan ingat sampai bila2.
Pengalaman bersalinkan umar setahun yang lalu juga ibu takkn lupa. 18hb Okt 00:30 am admit kat hospital. Tapi jalan tak buka. 4cm kekal sampai 19hb Okt 2:00 am. Dr tolong pecahkan air ketuban. Lepastu terus ibu rasa sakit. 8:00 am am tolak ke laboorroom. 8:38 am umar pun lahir. Lepas lahirkan umar ibu ada masalah placenta pecah. Staff nurse terpaksa kutip cebisan uri. Ibu hampir masuk OT. Tapi nasib ada nurse berjaya tarik cebisan uri sampai takde pun yang tinggal. Bila pakar scan cornfirm semua clear barulah ibu ditolak masuk wad. Selesai semua pukul 2:30 pm.
Semua kesakitan tu hilang bila ibu bersama umar. Ibu kuat sebab ibu ada umar....ada papa...ada atok...ada nenek. Umar...umar nak tau tak....20hb Okt adalah tarikh tokwan umar meninggal. Tokwan xsempat nak tengok umar. Kalau tokwan ada mesti dia pun seronok. Umar adalah cucu tokwan lelaki yang pertama. Nanti kalau umar dah besar ibu akan tunjuk gambar tokwan dekat umar. Alfatihah untuk arwah pa.
~happy birthday umar~
Anak ibu dan papa
Terima kasih pada yg telah menghantar msg ini kepada sy. Tersentuh dgn peringatan ini. Manusia selalu lupa. Dgn igt mengingati antara 1 sama lain. Semoga amalan dpt ditingkatkn.... hati bersih utk memaafkn. Terima setiap teguran. Kerana kita bukan insan sempurna....
Hayati msg ini.......
*# Kebergantungan Sesama Manusia #*
Syurga *lelaki* pada perempuan iaitu ibu.
Syurga *perempuan* pada lelaki iaitu *suami.*
Sehebat-hebat *suami* kena patuh pada *ibu.*
Sehebat-hebat *ibu* kena patuh pada *suami.*
Masa *hidup* anak perlukan *doa ibubapa.* Masa *mati* ibubapa perlukan *doa anak.*
Di *dunia* nasab itu pada *lelaki.*
Di *akhirat* nasab itu pada *perempuan.*
*Sehebat-hebat manusia*, bila mati dia tetap *perlu orang lain* untuk *kebumi jenazahnya.*
*Setinggi-tinggi ilmu* yang manusia ada. Dia tetap perlu *belajar* daripada seorang *guru.*
Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah *keluarga.*
Walau *sekaya* manapun seorang manusia. Dia tetap perlu untuk *berurusan* dengan *orang lain...*
Seorang *General Manager* tidak akan mampu uruskan perjalanan premis tanpa *general worker.*
Seorang *raja* tidak berkuasa tanpa ada *rakyat jelata.*
Inilah manusia... *Lemah.* Walau sehebat mana pun kita didunia. Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. Taraf kita hanya seorang *"Hamba".*
Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang terbaik dan terhebat ???
Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf ujub, riak,sombong dan hina.
Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat. Iaitu *sombong dan merasa dia lebih baik.*
Alangkah baiknya jika dunia yang sementara ini kita isi dengan kebahagian. Bahagia lihat orang lain bahagia.
Derita bila lihat orang lain derita.
Mahu yang terbaik buat diri sendiri dan orang lain.
Ingatlah...
Dunia untuk dikongsi bersama. Jika tidak, pasti Tuhan beri setiap seorang manusia itu sebuah bumi untuknya sendiri.
Sesungguhnya Tuhan tidak pernah salah merencana sesuatu. Pasti ada hikmahnya.
Sama2 kita renungkan..
C&P
#samasamahotelklia
#muzakarahcendekiawansyariahnusantara-10
Alhamdulillah masih ada peluang utk menulis.
DENGKI kemudian benci. Kalau ada perasaan tu cepat2lah kita keluarkan dari hati kita. Bila dengki ianya akan melarat menjadi BENCI. tapi xsalah kalau kita dengki dengan org kerana ibadah. Berlumba2 nak baiki supaya ibadah kita lebih baik dan sempurna.
(Ayat 10 surah al baqarah)
#takzirahpagi
Bukan nak kata kat siapa2 tapi kkdg wanita ni ada gerak hati yang kuat. Boleh perasan kalau org tu mcm dengki2 ngan kita. Tapi sebaiknya kita abaikan orang yang -ve ni.
Kita adalah kita...kita bukalah dia.....
4 Syaaban 1437H
Resepi susu kacang badam dah lama sebenarnya saya dpt resepi ni dr blog lain. Tapi tak berkesempatan utk cuba. Haritu tujuannya utk mudah hamil tp kalini sediakn utk banyakkan susu badan. Mudah-mudahan berjaya. Masa cucuk umar ritu, doktor suggest suruh mkn kurma, habatussauda, minum susu dan mkn kacang badam. Selain mkn mcm tu je...boleh la cuba utk buat susu.
Bahan:
Kacang badam segenggam (rendam semalaman) 2 3 mlm pn boleh. Hihihi
Kurma 5 / 7 biji (buang biji)
Gula perang (tak letak pn xpe sbb kurma dah manis)
Madu 1 sudu
Air masak 3 cawan
Cara-cara:
1.Blend kacang badam + kurma + air masak. Air rendaman tu boleh guna balik.
2. Tapiskan
3. Tambah madu (pakai sudu kayu or sudu plastik )
4. Rasa dulu....klu xckp manis baru tmbh gula sesedap rasa.
Simpan dlm peti ais atau minum terus. Jangan campur ais sbb mengganggu kesedapan air tu.
Selamat mencuba!!!
Salam hujung rejab
Ibu xtau nk bubuh tajuk apa. Hahhaha. Al kisah minggu lps papa bwk ibu n umar mandi kat sunway lagoon. Tiket free dr opis papa.
Last minute plan... tp mmg happy sgt umar. Yg lucunya...lps swimming ibu bg umar susu...umar terus layu n zzzzZZZ... umar xpeduli bunyi bising pentas n bunyi lonceng org jual aiskrim. Lepas bgn tdo sambung lagi mandi.... next time kita request papa bwk umar g mandi pool lagi ye. Ibu pn blh tumpang sekali.
Minggu yang sangat stress.....
Harap sangat minggu ni cepat berlalu. Isnin cuti sbb alahan kulit. Sedangkan tau kerja menimbun xsiap. Kerja klu kejar due date mmg stress. Stress akan bertambah bila dtg masalah2 tepi yang lain.
Stress bila kena cukupkan stok umar sbb jumaat ni nak kena g bengkel kat taiping.
Setiap hari mggu ni balik lambat walaupn try utk tidak balik lambat. Sampai dah kena tarbiah ngan 'rumet'....u keje mcm nak mati pun...u bukan dpt cemerlang. Ok...deep sgt kan.... keluar plak ayat smlm ' mcm la xboleh buat keje tu esk smpi balik lewat'. Xpelah....positif....xsemua org faham kerja kita. Tapi PENTING utk kita fhm kerja dia hokeyyyy.....
Memandangkan sy stress mggu ni jadi saya xdpt nk buat stok yg ckp utk umar. So....ibu akan bwk umar sama-sama tidur kat pusat latihan n berbengkel dgn ibu. INGAT yang ni tak stress ke..... lagi 8kali stress. Uwaaaaaa nk nangis.... tapi....itu je pilihan yang ada.
Dah tu je catatan nk bagi hilang stress. Nak luahkan kat cermin...cermin xpandai bercakap so parking stress dlm ni siap2. Biar balik nnt stress tu tggl tahap 2 daripada skrg (sekarang tahap 10. Hahahhahaha)
Balik ni nak masak sedap2 untuk suami. Minggu ni anergy totaly out. Kelaut semua.... tdo xckp....mkn ubat mengantuk....tp kena tahan ngantuk sbb masalah tepi2.....tapi sape yg tau perasaan kita????? Sape???????